Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
KOD ETIKA PILIHAN RAYA DICETAK

PUTRAJAYA : Kod etika pilihan raya yang akan menjadi panduan parti politik pada pilihan raya akan datang sedang dicetak sebelum diedarkan kepada semua parti politik.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya berpuas hati kandungan kod etika itu yang mengalami sedikit pindaan selepas mengambil kira pandangan parti politik. Katanya, kod etika itu tetap diedarkan kepada parti politik walaupun tarikh pilihan raya belum ditetapkan."Kita berpuas hati kod etika berkenaan dan akan mengedarkan kepada semua parti politik tidak lama lagi. calon yang bertanding akan diberikan pada hari penamaan calon.

"SPR akan mengedarkannya tanpa perlu menunggu Parlimen dibubarkan bagi membolehkan parti politik menerangkan kepada penyokong berhubung perjalanan pilihan raya," katanya ketika dihubungi semalam. SPR juga akan mengedarkan kod etika berkenaan kepada penguat kuasa kempen pilihan raya seperti polis. Antara teras kod etika berkenaann ialah etika perhubungan parti politik dengan SPR, etika tata kelakuan semua pihak, etika aktiviti pada hari penamaan calon, etika sepanjang tempoh berkempen yang membabitkan bahan kempen, syarahan dan ceramah, kaedah penggunaan media awam, etika hari pengundian dan penubuhan pasukan pengaut kuasa kempen pilihan raya.

Sebelum ini, SPR sudah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan parti politik bagi mendapatkan maklum balas berhubung pembentukan kod etika itu.