Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan
Sri Ab Rashid b Ab Rahman, berkata, sebanyak 1,002 tempat pameran
ditetapkan iaitu di Ibu Pejabat SPR, semua pejabat pilihan raya
negeri, kompleks jabatan kerajaan, pejabat daerah, majlis tempatan,
pejabat pos tertentu dan lain-lain tempat awam yang diwartakan.
Dalam tempoh suku tahun ketiga iaitu dari 1 Julai hingga 30 September
tahun ini, SPR menerima 96,613 permohonan sebagai pemilih baru
dan sebanyak 34,981 permohonan untuk pertukaran alamat. Selain
itu, SPR juga turut mempamerkan senarai pemilih yang hilang kelayakan
yang mana nama mereka berkenaan akan dikeluarkan dari daftar pemilih,"
katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, kategori yang hilang kelayakan
terdiri daripada mereka yang disahkan meninggal dunia, bukan warganegara
dan mereka yang bersara daripada tentera atau polis, yang hilang
kelayakan sebagai pemilih pos. Sebarang tuntutan untuk pembetulan
alamat dalam Rang Daftar atau apa-apa bantahan oleh mereka yang
layak untuk membuat bantahan, mereka boleh mendapatkan Borang
B (untuk tuntutan) dan Borang C (untuk bantahan) di pejabat berkenaan.