Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 

KEPUTUSAN SPR LANCARKAN PROSES PENAMAAN CALON


KUALA TERENGGANU : Keputusan SPR memendekkan tempoh menyerahkan kertas penamaan calon mulai pilihan raya umum akan datang adalah pendekatan terbaik bagi mengurangkan masa dan ketegangan antara penyokong parti pada hari penamaan calon.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Idris Jusoh, berkata suasana pada hari penamaan khususnya di Terengganu agak tegang dan memendekkan tempoh dati tiga kepada satu jam itu membolehkan penyoong parti bersurai apabila nama calon diumumkan. "Semua calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum akan datang sepatutnya tidak mempertikaikan keputusan SPR," katanya. Beliau menyatakan demikian mengulas kenyataan Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kelmarin menyatakan, peraturan baru memerlukan semua calon mengemukakan kertas pencalonan mereka antara 9 pagi hingga 10 pagi, berbanding antara 9 pagi hinga 12 tengah hari sebelum ini.

Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Ismail Said, pula berkata SPR kini menyediakan format borang penamaan calon yang ringkas untuk diisi oleh setiap calon. Katanya, keputusan dibuat SPR itu juga wajar diterim abaik oleh semua pihak, termasuk calon parti pembangkang. Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan langkah SPR itu sebagai tindakan positif dalam menjamin kelancaran proses penamaan calon, di samping memberi lebih masa untuk parti politik berkempen. "Pas bersetuju dengan SPR dalam hal ini kerana ia proses mudah dan ringkas yang tidak memerlukan masa panjang. Suasana ketika itu juga mungkin mencetuskan ketegangan kerana ramai penyokong calon berkumpul, Untuk meredakan suasana, eloklah tempoh itu dipendekkan," katanya ketika dihubungi, semalam.

SPR berkata, langkahnya itu, bertujuan mempercepatkan pegawai SPR membuat semakan dan mempamerkan kertas pencalonan untuk bantahan.