Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
21 TAHUN LAYAK MENGUNDI SECARA AUTOMATIK


KUALA LUMPUR, Isnin - Semua rakyat Malaysia berusia 21 tahun secara automatik, akan didaftarkan sebagai pengundi apabila Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2001 diluluskan Dewan Rakyat.

Pindaan terhadap Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang dicadangkan membolehkan pendaftaran pengundi dibuat terus dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rais Yatim, membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini dan dijangka dibentangkan bagi bacaan kedua dan dibahaskan esok.

Bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Taklimat Isu Semasa kepada Pegawai Jabatan Penerangan di Perpustakaan Negara, di sini hari ini, beliau berkata pindaan itu dibuat dengan mengambil kira kewibawaan serta imej SPR sebagai badan bebas.

Selain itu, pindaan rang undang-undang berkenaan turut, membabitkan Perkara 114 bagi memperluaskan keanggotaan SPR daripada lima kepada tujuh orang. Pada masa ini, SPR di anggotai seorang pengerusi, seorang timbalan dan tiga anggota.

Berdasarkan cadangan pindaan, SPR masih dianggotai seorang pengerusi dan seorang timbalan pengerusi, tetapi jumlah ahli lain ditambah kepada lima orang.

Tempoh perkhidmatan seseorang yang dilantik bagi menggantikan seorang senator yang sudah meninggal dunia atau tidak lagi memegang jawatan itu, turut dimasukkan, dalam pindaan yang dicadangkan.

Mengikut peruntukan sedia ada, orang yang dipilih sebagai pengganti hanya boleh memegang jawatan itu selama baki tempoh jawatan orang yang digantikan.

Bagaimanapun, Fasal 4 dan 13 rang undang-undang itu mencadangkan supaya pengganti berkenaan dibenarkan memegang jawatan itu selama tiga tahun, iaitu tempoh penuh seorang senator selama satu penggal.