Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
50,000 PENGUNDI HANTU DI SARAWAK DIBERSIHKAN


KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengeluarkan lebih 50,000 pengundi hantu daripada senarai daftar pemilih Sarawak sejak pilihan raya negeri lalu pada 1999.

Setiausahanya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata senarai nama itu membabitkan pendatang tanpa izin yang menggunakan kad pengenalan palsu dan pemilih disahkan sudah meninggal dunia.

Proses membersihkan senarai itu dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan termasuk menggunakan kerjasama polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui Sistem Rangkaian Agensi (Alis).

Beliau berkata, bagi pemilih yang meninggal dunia SPR hanya boleh mengeluarkan nama pengundi terbabit dalam senarai berkenaan selepas mendapat pengesahan daripada polis.

"Pemilih yang menggunakan kad pengenalan palsu dapat dikesan melalui kerjasama JPN," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Jabatan Cetak Kerajaan Negeri, di Jalan Tuaran, di sini semalam.

Wan Ahmad diminta mengulas dakwaan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Chong Eng Leong mengenai senarai daftar pemilih Sabah masih mempunyai pengundi hantu yang perlu dibersihkan.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Pegawai Pilihan Raya Negeri, Mohamed Mokhtar Ahmad, Timbalan Pencetak Kerajaan, Charles Ayub Tabad dan wakil Percetakan Nasional Berhad (PNMB), Abd Wahab Abd Latif.

Wan Ahmad turut mendedahkan ada di kalangan pendatang dikesan menggunakan kad pengenalan palsu, memegang dokumen yang mempunyai persamaan dengan kad pengenalan asli dimiliki penduduk tempatan termasuk nama, nombor dokumen dan alamat.

Mengenai daftar pemilih digunakan pada pilihan raya akan datang, katanya ia bergantung kepada tarikh iaitu jika diadakan pada atau sebelum Mac, daftar pemilih yang disahkan pada 31 Disember lalu digunakan, manakala jika selepas bulan itu daftar pemilih disahkan pada 31 Mac ini digunakan.