Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
JOHOR DAPAT BANYAK KERUSI DUN TAMBAHAN

JOHOR BAHRU, Jumaat - Johor dijangka mendapat pertambahan kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen paling banyak di negara ini berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya dijadualkan pada Mac tahun depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata Johor akan mendapat tambahan 20 peratus daripada kadar sedia ada berdasarkan jumlah pengundi ketika ini.

"Mungkin ia (Johor) boleh bertambah lebih banyak itu pun berdasarkan statistik terkini apabila berakhirnya kempen pendaftaran pengundi baru di seluruh negara pada 31 Mei ini.

"Oleh itu SPR harus mempunyai fakta yang asas dan mantap bagi membolehkan tindakan menambah kawasan sama ada ia membabitkan DUN dan Parlimen.

"Setakat ini, kerja pengumpulan maklumat sedang giat dijalankan dan SPR akan mengumumkan pada akhir tahun ini sebelum melakukan persempadanan semula selepas Mac 2002 berdasarkan kali terakhir dilakukan lapan tahun lalu,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat pendaftaran pengundi baru peringkat Johor di Ibu Pejabat SPR negeri di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.

Hadir sama, pegawai SPR negeri, Mohd Yusof Yunus.

Pada 3 Mei lalu, Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dipetik sebagai berkata, SPR melaksanakan persempadanan semula bahagian pilihan raya setiap lapan tahun sekali bagi mengimbangi jumlah purata pengundi di setiap kawasan.

Katanya, tempoh itu tertakluk dalam Jadual 13 Perlembagaan Malaysia dan tahun depan genap lapan tahun persempadanan semula diadakan.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan DUN Johor dijangka mendapat pertambahan 18 kerusi menjadikan 58 kerusi berbanding 40 kerusi sedia ada, manakala kerusi Parlimen ditambah kepada sembilan menjadikan jumlahnya 29 kerusi.

Abdul Rashid berkata, beliau sendiri menerima banyak surat berkaitan untuk menambahkan kawasan DUN dan Parlimen di Johor.

"SPR tidak boleh melaksanakan langkah itu sewenang-wenangnya kerana kami memerlukan fakta dan asas yang mantap.

"Bagaimanapun, saya memberi jaminan Johor akan mendapat pertambahan yang memuaskan berdasarkan keperluan rakyat negeri ini," katanya.

Ada sebab utama Johor memerlukan pertambahan kawasan, katanya,pertama, bilangan pengundi di negeri ini sudah bertambah iaitu 1018 juta mengikut jangkaan tahun lalu berbanding 982,484 pengundi pada tahun 1992.

"SPR menjangkakan Johor akan mempunyai 1.45 juta pengundi tahun ini, sekali gus memudahkan SPR melakukan persempadanan semula bagi kawasan DUN dan Parlimen di Johor.

"Di samping itu, Johor selaku pengundi dan penduduk kedua paling ramai di negara ini selepas Selangor, mempunyai kawasan DUN dan Parlimen yang luas.

"Oleh itu, Johor memerlukan ramai perwakilan DUN dan Parlimen apatah lagi rakyat dan wakil rakyat sedia ada kadangkala sukar untuk bertemu bagi menyuarakan hasrat masing-masing.

"Berdasarkan faktor itu, SPR berasakan adalah wajar negeri ini memerlukan pertambahan kawasan bagi keperluan rakyat," katanya.

Ditanya sama ada negeri lain turut mengalami pertambahan kawasan DUN dan Parlimen, Abdul Rashid menyifatkan setiap negeri mempunyai pertambahan itu sejajar dengan peningkatan jumlah pengundi dan penduduk di negara ini.

Cuma, katanya, SPR belum boleh menentukan secara tepat berapa jumlah kawasan yang bertambah atau sebaliknya.

"Ini kerana setiap pertambahan kawasan, SPR akan mengesyorkan kepada Kerajaan Pusat dan negeri untuk mengemukakan cadangan kerana ia membabitkan kawasan dan keluasan tanah yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan negeri,"katanya.