MIRI, Selasa - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan
penapisan ketat permohonan pemerhati pilihan raya negeri memastikan
proses pemilihan berjalan lancar.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata
mana-mana parti pembangkang atau calon Bebas dibenarkan memantau
setiap proses pilihan raya.
"Soal kerajaan
tidak telus dalam mematuhi prosedur ditetapkan ketika menapis permohonan
mereka terbabit sebenarnya tidak timbul, kerana demokrasi sentiasa
terpelihara.
"Oleh itu isu
mengenai perkara ini tidak seharusnya dibangkitkan oleh mana-mana
pihak lagi,"katanya.
|