Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR INGATKAN USAH GUNA SAMSENG

BENTONG,Khamis - Semua parti politik yang terbabit dalam pilihan raya kecil Dun Ketari diingatkan mematuhi peraturan pilihan raya termasuk tidak melantik perayu undi daripada kumpulan samseng. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Datuk Wan Ahmad Wan Omar,berkata pemimpin setiap parti, termasuk calon perlu mematuhi tatasusila dan peraturan pilihan raya."Di Ketari saya mengingatkan calon, pemimpin dan penyokong parti yang bertanding supaya jangan menggunakan kumpulan samseng. "Kita tidak m ahu kejaidian di Lunas berulang apabila berlaku kejadian orantg tahan bas, memaksa pemandu bas dan mengugut pengundi," katanya selepas menpengerusikan mensyuarat penyelarasan pilihan raya Dun Ketari antara SPR, jabatan dan agensi yang berkaitan, di Pejabat Daerah Bentong , di sini hari ini.

Wan Ahmad turut menyerahkan writ pilihan raya kecil Ketari kepada Pegawai daerah Bentong yang dilantik sebagai Pegawai pengurus Pilihan Raya Kecil Ketari.SPR semalam menetapkan 23 Mac sebagai tarikh penamaan calon, manakala hari pengundian pada 31 Mac dengan lapan hari berkempen.Bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku, Wan Ahmad berkata, polis akan bertemu semua bakal calon dan wakil parti bertanding untuk menjelaskan peraturan pilihan raya, tidak lama lagi."Kejadian yang berlaku di Lunas bolek dielakkan jika parti politik tidak menggunakan individu atau kaki samseng yang tidak memahami undang-undang," katanya.

Mengenai rungutan parti pembankang mengenai tempoh kempen yang singkat, beliau berkata, tempoh itu memadai kerana pengundi di sini tidak sukar mengenali calon yang bertanding.Katanya, tempoh yang terlalu lama juga boleh mewujudkan ketegangan dan menyukarkan pihak berkuasa mengawasi perjalan kempen. "Dakwaan parti pembangkang kono tempoh kempen yang pendek tidak memihak kepada mereka saya anggap tidak benar dalam senario Ketari."SPR berpendapat Ketari adalah kawasan bandar dan ia memudahkan calon dan parti berjumpa pengundi bagi menjelaskan dasar, wawasan dan manifestonya."Pengundi pula pada era maklumat sekarang mampu mengetahui siapa yang akan bertanding dan dasar parti yang mewakilinya," katanya.Beliau berkata, semua pihak perlu memahami pilihan raya adalah perkara serius dan ia bukan medan menguji populariti calon atau parti. Wan Ahmad berkata, SPR juga sudah mengenal pasti 36 saluran mengundi membabitkan 10 pusat pengundian di Ketari.Saluran itu adalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(SRJK) Bukit Tinggi;SRJK Janda Baik;Sekolah Kebangsaan (SK) Bentong:SRJK Perting; SK Tuanku Fatimah;SRJK (Cina) KEtari;SK Ketari;SK Sungai Dua;SK LEmbaga Kemajuan Tanah Persekutuan Mempaga 1;dan stadium kakitangan Genting Highlands.