Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
PENAMAAN CALON DUN KETARI 23 MAC


PUTRAJAYA, Rabu - Penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ketari ditetapkan Sabtu 23 Mac, manakala hari pengundian pada Ahad, 31 Mac, dengan lapan hari berkempen.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata writ pilihan raya akan dikeluarkan kepada pegawai pengurus esok, manakala notisnya dikeluar dan diwartakan pada 18 Mac ini.

SPR akan menggunakan daftar pemilih kawasan itu yang diwartakan pada 27 Disember 2001 dan dikemaskini hingga semalam. Mengikut kadar itu, DUN 29 Ketari mempunyai 17,143 pemilih berdaftar iaitu 17,048 pemilih biasa dan 95 pemilih pos, terdiri daripada 93 anggota polis dan dua pengundi seberang laut. SPR telah dimaklumkan Dipertua DUN Pahang berhubung kekosongan kerusi Ketari pada 6 Mac lalu, berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negerinya, Datuk Loke Koon Kam pada 3 Mac. Berikutan kekosongan itu, SPR bemesyuarat pagi ini dan menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mac dan hari pengundian pada 31 Mac, katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR disini, hari ini.

Mesyuarat itu juga melantik Pegawai Daerah Bentong, Muhamad Safian Ismail, sebagai Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Azmi Abu Bakar serta Penolong Pegawai Tadbir (Pentadbiran) Pejabat Daerah Bentong, Hassan Muhammad, sebagai Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Beliau berkata, penamaan calon akan diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Bentong, Wisma Sri Bentong, mulai jam 9 pagi hingga 11 pagi hingga 12.30 tengahari.

Seramai 166 petugas akan dilantik untuk membantu SPR menjalankan pilihan raya kecil itu. Sebanyak 10 pusat pengundian dan 33 saluran mengundi akan dibuka pada hari pengundian. Bagaimanapun, jumlah saluran mengundi mungkin akan berubah kerana kita sedang mengkaji kemungkinan menambah jumlahnya untuk pengundi tua. Kita nak kecilkan bilangan orang tua di setiap saluran kerana berdasar pengalaman di Indera Kayangan sebelum ini, barisan orang tua yang menunggu giliran terlalu panjang. Mereka biasanya ramai keluar mengundi pada sebelah pagi. Kita nak meningkatkan keselesaan pengundi tua dan mungkin akan berlaku perubahan nanti. Kita masih kaji," katanya.

Daripada 17, 143 pengundi di Ketari, 9,228 orang atau 53.83 peratus adalah Cina, 6,706 orang (39.12 peratus) Melayu, 893 orang (5.21 peratus) India, 223 (1.3 peratus) lain-lain kaum.

Abdul Rashid mengingatkan parti-parti politik agar berhati-hati dengan daftar pemilih kerana satu daftar pemilih yang disahkan pada 27 Disember tahun lalu tetapi belum dikemaskini, mungkin sudah diedar kepada pemilih berkenaan. Katanya, datar pemilih itu tidak boleh digunakan kerana nombor siri sudah ditukar apabila SPR mengemaskinikannya sehingga semalam serta mengenal pasti pemilih yang sudah meninggal dunia dan dilapor kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kita telah membatalkan 214 nama orang yang sudah mati daripada senarai disahkan pada 27 Disember itu. Daftar pemilih yang sudah dikemaskini sehingga semalam akan dikeluarkan dan dijual mulai esok," katanya. Beliau berkata memandangkan tiada masalah komunikasi di kawasan berkenaan, keputusan dijangka diketahui selewat-lewatnya jam 10 malam 31 Mac.

Abdul Rashid meminta semua parti politik, calon, petugas parti dan semua individu yang terbabit mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen. Larangan mengadakan perhimpunan tanpa permit, masih dikuatkuasa. Katanya, media juga perlu memberi liputan saksama kepada semua pihak yang bertanding.