Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR PERKETATKAN TUKAR ALAMAT PENGUNDI

KUALA LUMPUR, Rabu - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan kaedah baru bagi membendung tindakan pihak tertentu menukar alamat pendaftaran pemilih menjelang pilihan raya umum dan pilihan raya kecil bagi kepentingan mereka.Bagi tujuan itu, mulai tahun depan, pemohon mesti menunjukkan surat rasmi majikan atau bil rasmi menunjukkan nama dan alamat baru pemohon, jika mereka memohon pertukaran alamat pendaftaran.

Menurut Berita Spr iaitu buletin terbitan setengah tahun pertama 2001 suruhanjaya itu, syarat berkenaan perlu dipatuhi bagi mengelak sebarang penyelewengan atau percubaan mana-mana pihak bagi menukar alamat pendaftaran untuk tujuan tertentu.Ia menyatakan bahawa mulai tahun depan juga, warga negara yang berumur 21 tahun boleh mendaftar sebagai pemilih di Pejabat Pos Malaysia Berhad diseluruh negara, pada bila-bila masa, bukan lagi pada tempoh tertentu pendaftaran dibuka oleh SPR seperti sekarang.

Selain pejabat pos bakal pemilih boleh mendaftar di ibu pejabat SPR di Putrajaya , Pejabat Pilihan Raya Negeri dan Pasukan Pendaftaran Bergerak SPR.Mereka hanya perlu membawa kad pengenalan atau dokumen perjalanan pengenalan diri lain yang rasmi.Langkah itu juga adalah sejajar dengan kaedah pendaftaran pemilih sepanjang tahun setelah kerajan baru-baru ini meminda Perlembagaan Persekutuan.

Buletin itu menyatakan keadah baru itu akan dijalankan mengikut undang-undang baru bagi mengantikan peraturan lama yang akan dimansuhkan.sebahagian besar butir-butir peraturan lama akan dikekalkan melainkan lima aspek utama seperti berikut :

~ Pendaftaran akan dubuka sepanjang tahun kepada semua warga negara yang layak .
~ Tarikh kelayakan akan mengikut pencapaian umur 21 tahun pada bila-bila masa
~ Pameran daftar akan dibuka selepas setiap tiga bulan pendaftaran
~ Setiap bantahan dan tuntutan akan disemak dan dibuat siasatan jika perlu, dan
~ Nama-nama yang tidak dibantah akan disahkan pada bulan berikutnya.


Ia menyatakan bahawa sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun akan membawa kebaikan kepada orang ramai. "Rakyat boleh mendaftar bila-bila masa mengikut keselesaan dan kelapangan masa masing-masing. Bagi yang sudah yang mendaftar sebagai pemilih baru, mereka tidak lagi perlu menunggu lama sebelum nama disahkan sebagai pemilih untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya," katanya.Menurut buletin itu lagi, perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menberi kuasa kepada SPR untuk menyedia dan menyemak daftar pemilih bagi kegunaan dalam sesuatu pilihan raya.> Oleh itu katanya, penyedian SPR daftar pemilih adalah salah satu fungsi utama SPR dan tanggungjawab terpenting yang perlu dilaksanakan sebelum sesuatu pilihan raya diadakan. "SPR juga bertanggungjawab menyemak daftar pemilih untuk memastikan daftar yang digunakan itu sentiasa kemas kini dan bersih," katanya.