Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Semakan Daftar Online

Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 
Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR PERLU KAJI SEMULA DAFTAR PEMILIH : PM

SUBANG, Ahad - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengarahkan sistem pengurusan pilihan raya, termasuk kaedah pendaftaran pemilih dikaji semula bagi menentukan proses pilihan raya dijalan secara adil.

Perdana Menteri berkata, banyak cara pengurusan daftar pemilih yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), didapati tidak begitu sempurna sehingga orang ramai pengundi berdaftar gagal mengundi.

Beliau berkata, bukan saja parti pembangkang mengemukakan aduan kepada SPR mengenai hal ini, malah parti pemerintah turut berbuat demikian.

"Jadi banyak perkara dalam urusan pilihan raya yang perlu kita kaji semula untuk menentukan pilihan raya kita dijalankan secara adil," katanya kepada pemberita setibanya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)di sini hari ini, selepas mengadakan lawatan kerja empat hari ke Jepun.

Dr Mahathir diminta mengulas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, 8 Jun lalu mengisytiharkan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN)Likas, Sabah pada 1999 sebagai tidak sah dan terbatal.

Keputusan itu dibuat kerana ada pengundi yang tidak wujud, dikesan dalam daftar pemilih bagi kawasan berkenaan, termasuk rakyat asing. Pilihan raya DUN berkenaan dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Yong Teck Lee.

Mahkamah turut mengisytiharkan Daftar Pemilih 1998 yang digunakan di DUN Likas bagi pilihan raya itu sebagai haram kerana ada senarai nama pengundi yang tidak wujud di dalamnya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mahu SPR memberi perhatian terhadap daftar pemilih bagi memastikan warga yang layak saja melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga pengerusi BN berkata, pihaknya menerima keputusan Mahakamah Tinggi Kota Kinabalu itu dan apa yang perlu sekarang ialah BN membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil.

Ditanya sama ada BN akan mencalonkan semula Yong untuk pilihan raya kecil itu nanti, beliau berkata pihaknya belum pasti lagi dan BN akan membuat keputusan apabila tiba masanya.

Mengenai kegagalan SPR menyisih pengundi hantu dalam daftar pemilih 1998 yang digunakan di DUN Likas di sebalik banyak aduan dikemukakan sebelum itu, Dr Mahathir berkata adalah tidak adil untuk mendakwa SPR tidak berbuat apa-apa.

"Kita pun banyak buat aduan, parti kerajaan pun banyak buat aduan juga. Nak kata mereka (SPR) tidak buat apa-apa, tak kenalah.Mereka meyelidik terhadap aduan, mereka memberi jawapan, walaupun sesetengah daripada jawapan mereka itu kita sukar menerima.

"Parti kerajaan sendiri berasa tidak puas hati dengan penjelasan yang dibuat.Kita sedang membuat soalan berkenaan dengan penjelasan yang dibuat,"katanya.

"Ini berlaku di Lunas yang mana ramai daripada pengundi, penyokong kerajaan tidak dapat mengundi.Nama mereka tidak ada, kononnya mereka sudah berpindah. Ada kes yang nama mereka dipindahkan kerana mereka tidak tinggal di kawasan itu.

"Pada masa sama kita dapati beribu-ribu orang dari Kelantan, khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur, maka mereka masih menjadi pengundi di Kelantan.Kenapa ini berlaku kita tidak begitu tahu.Mungkin tidak disengajakan.

"Tetapi, kita perlu kaji mengenai hak untuk mendaftar sebagai pengundi di satu-satu tempat.Saya sendiri sudah lebih 25 tahun tinggal di Kuala Lumpur, tetapi saya menjadi pengundi di Titi Gajah, Kedah. Ini tiada siapa yang menyoal, tetapi kadang-kadang ada pemindahan dalam daftar pengundi,"katanya.