KUALA LUMPUR, Rabu - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat
minggu depan untuk menentukan hari penamaan calon dan pengundian
bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Pahang.
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Muhamad
Aszahari Abdul Rahman berkata SPR sudah menerima surat dari Pejabat
DUN Pahang yang memaklumkan mengenai kekosongan kerusi itu berikutan
kematian wakil rakyat kawasan berkenaan, Datuk Loke Koon Kam,
Ahad lalu.
Loke, 59, meninggal dunia selepas
mengidap barah rahang selama dua tahun. Pada pilihan raya lalu,
Loke menewaskan calon DAP, Chong Siew Onn dengan majoriti 231
undi, Loke memperolehi 5,874 undi manakala Chong 5,643 undi.