Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
DAFTAR PEMILIH : SPR SEDIA DISIASAT


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk disiasat berhubung dakwaan penipuan menyebabkan jumlah pendaftar meningkat secara medadak.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata semua pendaftaran pemilih dibuat mengikut undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.

" Alamat yang digunakan dalam pendaftaran pemilih adalah mengikut alamat tempat tinggal yang terdapat dalam kad pengenalan pemilih," katanya, semalam.

Katanya, butiran diri pemilih dibuat dengan mengikut butiran sebagaimana yang terdapat dalam kad pengenalan.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar semalam bahawa polis Kelantan menerima lima laporan dakwaan penipuan menyebabkan jumlah pendaftar pemilih mneingkat secara mendadak.

Abdul Rashid berkata, oleh kerana laporan dibuat, biarlah polis menjalankan siasatan.

" Kita telus dan bersedia untuk disiasat. SPR tidak ada masalah(untuk disiasat)," katanya.

Sementara itu di Melaka, Abdul Rashid berkata, SPR akan memecat pegawai atau petugas pilihan raya yang didapati menyebelahi mana-mana parti politik ketika pilihan raya umum nanti.

Katanya, sebagai badan bebas, SPR tidak mahu kakitangannya dituduh berat sebelah ketika mengendalikan pilihan raya.