Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
SPR TIDAK DAPAT UBAH DAFTAR PEMILIH INDERA KAYANGAN

KANGAR, Rabu - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat mengubah daftar pemilih pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan walaupun terdapat dakwaan ada nama pengundi tidak disenaraikan.

Pegawai Pilihan Raya Kedah/Perlis, Mohamad Yusoff berkata SPR tidak boleh membetulkan daftar berkenaan kecuali bantahan diterima sepanjang tempoh semakan selama dua minggu yang ditetapkan SPR. Beliau berk ata, semua pengundi dinasihatkan menyemak nama mereka bagi memastikan kawasan mengundi masing-masing. "Ada kemungkinan nama mereka ada dalam senarai daerah mengundi lain berdasarkan butir yang diberi dalam borang pendaftaran. "Jika nama tidak ada, mereka tidak layak mengundi dan perlu mendaftar semula tahun depan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa terdapat nama pengundi di kawasan mengundi Seberang Bakau disini hilang dari senarai pemilih terbaru yang akan digunakan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan.

Shahidan berkata, semakan awal mendapati sekurang-kurangnya 30 pengundi, termasuk perayu undi Barisan Nasional (BN) tidak terdapat dalam senarai pemilih di kawasan berkenaan. "Kita berharap SPR membantu menyelesaikan masalah ini jika undang-undang membenarkan sebelum 10 Januari ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan lampu jalan di Kampung Behor Gandil, disini malam tadi.

Terdahulu Shahidan bertemu pengundi dari Guar Syed Alwi di Dewan Residensi di sini. Shahidan berkata, pihaknya menganlpasti kehilangan nama berkenaan selepas memperoleh senarai daftar pemilih terbaru 28 Disember lalu. "Semua nama yang hilang dikenalpasti sebagai penyokong BN," katanya.

Pada 27 Disember lalu, SPR mewartakan senarai pengundi yang didaftarkan sehingga Mei lalu bagi digunakan dalam pilihan raya kecil itu. Seramai 7,976 pemilih layak mengundi pada pilihan raya kecil itu. Pertandingan dijangka antara calon MCA bagi BN dan Parti Keadilan Nasional(Keadilan).

Daripada jumlah itu, 3,781 pengundi Melayu (47.4 peratus), 3,701 Cina (46.4 peratus), 431 India (5.4 peratus) dan 63 kaum lain.