PELANCARAN BUKU “50 TAHUN DEMOKRASI DAN PILIHAN RAYA DI MALAYSIA” PADA 4 SEPTEMBER 2007 DI PALACE OF THE GOLDEN HORSES, KUALA LUMPUR
 
Y.B Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (kiri), Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia melancarkan buku, disaksikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Ab. Rashid b. Ab. Rahman, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
 
Pelancaran Buku “50 Tahun Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia diterbitkan sempena menyambut Jubli Emas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah ditubuhkan 50 tahun lalu iaitu pada 4 September 1957. Buku yang mengandungi 200 muka surat di sediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengimbas tentang perkembangan sistem pilihan raya di Malaysia, demokrasi dan multi-party di Malaysia.

Buku ini akan membantu pembaca memahami sistem pilihan raya di Malaysia dan perundangan berkaitannya serta pembaharuan-pembaharuan yang telah diperkenalkan setakat ini secara mudah.

Buku ini yang berharga RM 100.00 (kulit keras) dan RM 50.00 (kulit lembut) boleh diperoleh di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat Pilihan Raya Negeri. Buku ini sedang diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

 
© Hakcipta Terpelihara 2007 | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia