Kawasan pendaftaran
dan unit pendaftaran
(3). (1) Setiap
unit bahagian pilihan raya Parlimen terdiri daripada bahagian
pilihan raya Negeri dan daerah mengundi dan hendaklah menjadi
suatu kawasan pendaftaran.
(2) Setiap daerah
mengundi hendaklah menjadi suatu unit pendaftaran yang berasingan
di dalam suatu kawasan pendaftaran.
(3) Daftar pemilih
induk atau daftar pemilih tambahan hendaklah dibuat dalam
bahagian yang berasingan bagi setiap unit pendaftaran di dalam
kawasan pendaftaran.
Huruf yang berasingan bagi setiap unit pendaftaran
4. Maka hendaklah
ada huruf atau huruf-huruf atau nombor atau nombor-nombor
yang berasingan, atau kedua-duanya, bagi setiap unit pendaftaran
dan huruf atau huruf-huruf atau nombor atau nombor-nombor
itu, atau kedua-duanya itu, hendaklah disifatkan menjadi sebahagian
daripada nombor pemilih dalam daftar pemilih induk atau daftar
pemilih tambahan.
Hak mengundi
5. Mana-mana
pengundi berdaftar berhak untuk mengundi dalam suatu pilihan
raya Parlimen atau pilihan raya Negeri.
Susunan
nama
6. (1) Nama dalam
daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan bagi setiap
unit pendaftaran hendaklah disusun mengikut cara yang ditentukan
oleh Pendaftar dan hendaklah dinomborkan mengikut arahan Ketua
Pendaftar.
(2) Nama pengundi
tidak hadir atau anggota mana-mana pasukan polis yang ditubuhkan
oleh mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di
Malaysia, selain anggota Pasukan Simpanan Sukarela, yang berhak
menjadi pengundi pos di bawah peruntukan mana-mana undang-undang
yang berhubungan dengan pilihan raya, hendaklah ditunjukkan
dalam suatu senarai yang berasingan bagi pengundi pos di hujung
setiap bahagian daftar pemilih induk atau daftar pemilih tambahan
berkenaan dengan setiap unit pendaftaran yang dalamnya orang
itu berkelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih.
Perubahan
sempadan bahagian pilihan raya
(7) Jika dalam
mana-mana tahun sebelum pemerakuan daftar pemilih induk atau
daftar pemilih tambahan di bawah Peraturan-Peraturan ini,
sempadan mana-mana bahagian pilihan raya Parlimen atau bahagian
pilihan raya Negeri diubah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut
Perlembagaan Persekutuan -