Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 5
AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954
BAHAGIAN VI

ALASAN-ALASAN BAGI MEMBATALKAN PEMILIHAN

Pembatalan oleh sebab sabitan calon

31. (1) Pemilihan seseorang calon dalam mana-mana pilihan raya adalah terbatal oleh sebab sabitannya atas apa-apa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam pilihan raya itu.

(2) Dalam masa empat belas hari dari tarikh seseorang calon disabitkan oleh Mahkamah Sesyen atas apa-apa perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam sesuatu pilihan raya, Hakim Mahkamah Sesyen itu atau Pendaftar Mahkamah Sesyen itu hendaklah membuat perakuan mengenai keputusan Mahkamah itu-
(a) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dalam hal pemilihan seseorang sebagai ahli Dewan Rakyat, Dewan Undangan, pihak berkuasa tempatan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan atau dalam hal apa-apa pemilihan lain yang Suruhanjaya Piihan Raya mungkin diberi kuasa untuk menjalankannya; atau

(b) dalam hal apa-apa pemilihan lain, kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Pembatalan pemilihan atas petisyen pilihan raya

32. Pemilihan seseorang calon dalam mana-mana pilihan raya hendaklah diisytiharkan sebagai batal atas suatu petisyen pilihan raya atas mana-mana daripada alasan yang berikut yang boleh dibuktikan dengan memuaskan hati Hakim Pilihan Raya:
(a) bahawa penyogokan, penjamuan atau intimidasi secara am atau telah berlaku sebegitu berleluasa sehingga ia boleh dijangkakan dengan semunasabahnya telah menyentuh keputusan pilihan raya itu;

(b) ketidakpatuhan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan penjalanan mana-mana pilihan raya jika didapati bahawa pilihan raya itu telah tidak dijalankan mengikut prinsip yang ditetapkan dalam mana-mana undang-undang bertulis dan bahawa ketidakpatuhan itu telah menyentuh keputusan pilihan raya itu;

(c) bahawa sesuatu perbuatan rasuah atau perbuatan yang menyalahi undang-undang telah dilakukan berhubungan dengan pilihan raya itu oleh calon itu atau dengan pengetahuan atau persetujuannya, atau oleh mana-mana ejen calon itu;

(d) bahawa calon itu sendiri telah mengambil bertugas seseorang sebagai ejen pilihan rayanya, atau sebagai seorang perayu undi atau ejen, dengan mengetahui bahawa orang itu telah dalam tempoh tujuh tahun sebelum dia diambil bertugas itu disabitkan atau didapati bersalah atas suatu perbuatan rasuah oleh Mahkamah Seksyen, atau melalui laporan seorang Hakim Pilihan Raya; atau

(e) bahawa calon itu, pada masa pemilihannya, ialah seorang yang telah hilang kelayakannya untuk dipilih.