Keterangan
tidak perlu dinyatakan dalam petisyen tetapi butir-butir boleh
diperintahkan supaya diberikan
5.
Keterangan tidak perlu dinyatakan dalam petisyen itu, tetapi Hakim
boleh, atas permohonan secara bertulis daripada seorang responden,
memerintahkan supaya diberikan apa-apa butir yang perlu bagi mengelakkan
keadaan yang mengejutkan dan belanja yang tidak perlu, dan bagi
memastikan perbicaraan yang adil dan berkesan atas apa-apa terma
tentang kos dan selainnya sebagaimana yang diperintahkan.
Jika
lebih daripada satu petisyen berhubung dengan pemilihan yang sama
dikemukakan
6.
Jika lebih daripada satu petisyen dikemukakan yang berhubungan
dengan pemilihan atau lapor pilihan yang sama, semua petisyen
itu hendaklah diuruskan sebagai satu petisyen setakat mana penyiasatan
mengenainya adalah berkenaan.
Senarai
undi yang dibantah jika kerusi dituntut oleh calon yang tidak
berjaya
7.
Apabila seseorang pempetisyen menuntut kerusi itu untuk seseorang
calon yang tidak berjaya, mengatakan bahawa calon itu telah mendapat
undi yang terbanyak dan yang sah di sisi undang-undang, pihak
yang mengadu mengenai pemilihan atau lapor pilihan itu atau yang
membela pemilihan atau lapor pilihan itu hendaklah, enam hari
sebelum hari yang ditetapkan bagi perbicaraan, menyerahkan kepada
Pendaftar, dan juga di alamat, jika ada, yang diberi oleh pempetisyen-pempetisyen
dan responden, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu senarai
undi yang dicadang hendak dibantah itu, dan juga suatu senarai
tajuk bantahan terhadap setiap undi itu, dan Pendaftar hendaklah
membenarkan semua pihak yang berkenaan memeriksa salinan pejabat
senarai-senarai itu; dan tiada keterangan boleh diberikan menentang
kesahan mana-mana undi dan juga mengenai apa-apa tajuk bantahan
yang tidak dinyatakan dalam senarai itu, kecuali dengan kebenaran
Hakim, atas apa-apa terma tentang pindaan bagi senarai itu, penundaan
penyiasatan, dan pembayaran kos, sebagaimana yang diperintahkan.
Senarai
bantahan dalam hal tuduh-menuduh
8.
Responden dalam suatu petisyen yang mengadu mengenai sesuatu lapor
pilihan yang tidak wajar dan yang menuntut kerusi untuk seseorang
boleh membawa keterangan bagi membuktikan bahawa pemilihan orang
itu adalah tidak wajar, dan dalam hal yang demikian, responden
itu hendaklah, enam hari sebelum hari yang ditetapkan bagi perbicaraan,
menyerahkan kepada Pendaftar, dan juga di alamat, jika ada, yang
diberi oleh pempetisyen, suatu senarai bantahan terhadap pemilihan
itu yang padanya dia bercadang hendak bergantung, dan Pendaftar
hendaklah membenarkan semua pihak yang berkenaan memeriksa salinan
pejabat senarai-senarai itu; dan tiada keterangan boleh diberikan
oleh seseorang responden mengenai apa-apa bantahan terhadap pemilihan
itu yang tidak dinyatakan dalam senarai itu, kecuali dengan kebenaran
Hakim, atas apa-apa terma tentang pindaan bagi senarai itu, penundaan
penyiasatan, dan pembayaran kos, sebagaimana yang diperintahkan.
Pelantikan
peguam bela oleh pempetisyen
9.
Bersama dengan petisyen, pempetisyen atau pempetisyen-pempetisyen
hendaklah meninggalkan di pejabat Pendaftar suatu tulisan, yang
ditandatangani olehnya atau oleh mereka, yang memberikan nama
seorang peguam bela yang dibenarkan olehnya atau oleh mereka untuk
bertindak sebagai peguam belanya atau peguam bela mereka, atau
yang menyatakan bahawa dia bertindak bagi dirinya sendiri atau
mereka bertindak bagi diri mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan,
dan, dalam mana-mana satu hal itu, memberi suatu alamat dalam
Malaysia di mana notis boleh ditinggalkan. Tiap-tiap tulisan itu
hendaklah dicapkan dengan duti yang kena dibayar atasnya di bawah
undang-undang yang pada masa itu berkuat kuasa.
10.
(Dipotong oleh Akta A1177)
11.
(Dipotong oleh Akta A1177)
Jaminan
oleh pempetisyen bagi kos, dsb., petisyen pilihan raya
12.
(1) Pada masa petisyen dikemukakan, jaminan bagi pembayaran semua
kos, caj dan belanja yang kena dibayar oleh pempetisyen hendaklah
diberikan bagi pihak pempetisyen.
(2) Jaminan yang dikehendaki oleh kaedah ini hendaklah diberikan
dengan suatu deposit wang yang tidak kurang daripada sepuluh ribu
ringgit, dan Hakim, dalam masa perbicaraan, boleh menghendaki
pempetisyen supaya mendepositkan suatu jumlah wang tambahan sebagai
jaminan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Hakim.
(3) Jika jaminan yang diperuntukkan dalam kaedah ini tidak diberikan
oleh pempetisyen, tiada petisyen boleh didaftarkan di Mahkamah
itu.
Jaminan
dengan deposit wang
13.
(1) Pendepositan wang sebagai jaminan bagi pembayaran kos, caj,
dan belanja yang kena dibayar oleh pempetisyen hendaklah dibuat
dengan membayarnya kepada Pendaftar dan wang itu hendaklah diletakhakkan
pada Hakim Besar dan dikeluarkan dari semasa ke semasa olehnya
bagi maksud yang kerananya jaminan dikehendaki oleh Kaedah-Kaedah
ini. Suatu resit hendaklah diberikan oleh Pendaftar bagi wang
deposit itu.
(2) Pendaftar hendaklah menyimpan suatu buku yang terbuka untuk
diperiksa oleh semua pihak yang berkenaan, yang dalamnya hendaklah
dicatatkan dari semasa ke semasa amaun deposit itu, nombor dan
tarikh resit baginya, dan petisyen yang dimaksudkan olehnya.
Mengembalikan
wang yang didepositkan sedemikian
14.
(1) Wang yang didepositkan sedemikian hendaklah, jika dan bila
wang itu tidak lagi dikehendaki untuk menjamin pembayaran kos,
caj dan belanja, dikembalikan ataupun dilupuskan mengikut sebagairnana
keadilan menghendaki dengan perintah Hakim.
(2) Perintah itu boleh dibuat selepas notis mengenai cadangan
hendak memohon dan bukti bahawa semua tuntutan telah dijelaskan
ataupun telah diperuntukkan dengan cukup mengikut sebagaimana
yang dikehendaki oleh Hakim.
(3) Perintah itu boleh mengarahkan supaya pembayaran dibuat sama
ada kepada pihak yang dalam namanya wang itu didepositkan atau
kepada mana-mana orang yang berhak menerimanya.
Notis
petisyen dan salinan hendaklah disampaikan kepada responden
15.
(1) Notis mengenai pengemukaan sesuatu petisyen, disertai dengan
suatu salinan petisyen itu, hendaklah dalam tempoh lima belas
hari selepas petisyen itu dikemukakan, disampaikan oleh pempetisyen-
(a)
kepada responden sendiri yang hendaklah dilaksanakan dengan menyerahkan
notis dan suatu salinan petisyen itu kepada reponden;
(b)
dengan menghantar notis dan suatu salinan petisyen itu melalui
pos berdaftar bayar dahulu yang dialamatkan ke tempat kediaman
atau urusan responden yang lazim atau yang akhir diketahui; atau
(c)
dengan menampalkan suatu notis pada papan notis di Mahkamah Tinggi
di Negeri di mana bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya
itu terletak dan dengan menyiarkan suatu notis dalam akhbar bahasa
kebangsaan dan dalam mana-mana akhbar lain yang diedarkan di dalam
bahagian pilihan raya atau kawasan pilihan raya di mana pilihan
raya itu telah diadakan, yang menyatakan bahawa petisyen sedemikian
telah dikemukakan dan bahawa suatu salinan notis mengenai pengemukaan
petisyen itu dan suatu salinan petisyen itu boleh didapati oleh
responden dengan percuma atas permohonan di pejabat Pendaftar.
(2)
Jika responden yang kepadanya telah dialamatkan suatu pos berdaftar
bayar dahulu yang disebut dalam subkaedah (1)-
(a)
diberitahu bahawa terdapat suatu surat berdaftar yang sedang menunggu
untuk dipungut olehnya di pejabat pos tetapi dia enggan atau abai
untuk mengambil surat berdaftar itu; atau
(b)
enggan menerima penyerahan surat itu apabila diberikan kepadanya,
notis
dan suatu salinan petisyen itu hendaklah disifatkan telah disampaikan
kepadanya pada tarikh yang dia diberitahu bahawa surat itu sedang
menunggunya atau apabila surat itu diberikan kepadanya, mengikut
mana-mana yang berkenaan.
(3)
Bagi maksud subkaedah (2), suatu pernyataan oleh pegawai yang
menjaga pejabat pos yang menyatakan bahawa sepanjang yang diketahui
dan dipercayainya-
(a)
suatu pemberitahuan pejabat pos yang memberitahu penerima bahawa
terdapat suatu surat berdaftar yang menunggunya telah diserahkan
ke alamat yang terdapat pada surat berdaftar bayar dahulu; atau
(b)
surat berdaftar itu telah diserahkan kepada penerima,
hendaklah,
sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan bahawa penerima
telah diberitahu sedemikian atau bahawa surat berdaftar itu telah
diberikan kepadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Suatu afidavit penyampaian dokumen yang disebut dalam subkaedah
(1) yang menyatakan oleh siapakah dokumen itu disampaikan, hari
dalam minggu dan tarikh dokumen itu disampaikan, di mana dokumen
itu disampaikan dan bagaimana dokumen itu disampaikan mestilah
difailkan di Mahkamah di mana petisyen itu dikemukakan.
Bila
petisyen disifatkan sebagai dipersoalkan
16.
Apabila tamat tempoh yang dihadkan bagi membuat petisyen-petisyen,
petisyen itu hendaklah disifatkan sebagai dipersoalkan.
Senarai
petisyen
17.
Pendaftar hendaklah membuat senarai petisyen pilihan raya. Dalamnya
dia hendaklah memasukkan nama peguam bela bagi pempetisyen yang
dilantik di bawah kaedah 9 dan peguam bela bagi responden, dan
juga alamat yang kepadanya notis boleh dihantar, jika ada. Senarai
itu boleh diperiksa di pejabat Pendaftar pada bila-bila masa dalam
waktu pejabat, dan hendaklah ditampalkan bagi maksud itu pada
suatu papan notis yang diuntukkan bagi prosiding di bawah Kaedah-Kaedah
itu, dan bertajuk "Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954".
Masa
dan tempat perbicaraan petisyen pilihan raya
18.
Masa dan tempat perbicaraan setiap petisyen pilihan raya hendaklah
ditetapkan oleh Hakim dan tidak kurang daripada empat belas hari
notis bertulis mengenainya hendaklah diberikan kepada pempetisyen
dan responden.
Penundaan
perbicaraan
19.
Hakim boleh, dari semasa ke semasa, dengan perintah yang dibuat
atas permohonan sesuatu pihak kepada petisyen itu, menunda permulaan
perbicaraan itu kepada suatu hari yang ditetapkan olehnya.
Penangguhan
dan penerusan perbicaraan
20.
Penangguhan rasmi oleh Mahkamah bagi perbicaraan sesuatu petisyen
pilihan raya tidaklah perlu, tetapi perbicaraan itu hendaklah
disifatkan ditangguhkan, dan boleh diteruskan dari sehari ke sehari
sehingga penyiasatan itu tamat; dan jika sekiranya Hakim yang
memulakan perbicaraan itu tidak berupaya oleh kerana sakit atau
selainnya, perbicaraan itu boleh hendaklah disambung dan ditamatkan
oleh seorang Hakim lain.
Menarik
balik petisyen pilihan raya
21.
(1) Sesuatu petisyen pilihan raya tidak boleh ditarik balik tanpa
kebenaran Hakim. Kebenaran itu boleh diberi atas apa-apa terma
tentang pembayaran kos dan selainnya sebagaimana yang difikirkan
patut oleh Hakim.
(2) Sebelum kebenaran untuk menarik balik sesuatu petisyen pilihan
raya diberi, afidavit hendaklah dikemukakan, sebagaimana dikehendaki
oleh kaedah ini, oleh semua pihak kepada petisyen itu dan peguam
bela mereka, dan oleh ejen pilihan raya bagi semua pihak yang
tersebut iaitu pihak yang telah menjadi calon dalam pilihan raya
itu:
Dengan
syarat bahawa seseorang Hakim Mahkamah Tinggi boleh, atas sebab
yang diberikan, tidak memerlukan afidavit mana-mana orang tertentu
jika didapatinya adil atas alasan yang khas berbuat demikian.
(3) Setiap afidavit hendaklah menyatakan bahawa, sepanjang yang
diketahui atau dipercayai oleh deponen itu, tiada perjanjian atau
terma daripada apa-apa jua jenis pun telah dibuat, dan tiada aku
janji telah dibuat berhubungan dengan penarikan balik petisyen
itu; tetapi jika mana-mana perjanjian yang sah di sisi undang-undang
telah dibuat berkenaan dengan penarikan balik petisyen itu, maka
afidavit itu hendaklah mengemukakan perjanjian itu, dan hendaklah
menjadikan pernyataan yang tersebut dahulu tertakluk kepada apa
yang terdapat dalam afidavit itu.
(4) Afidavit pemohon dan peguam belanya hendaklah menyatakan selanjutnya
alasan yang berasaskannya petisyen itu hendak ditarik balik.
Bentuk
permohonan untuk menarik balik petisyen
22.
(1) Sesuatu permohonan untuk kebenaran menarik balik sesuatu petisyen
hendaklah dibuat secara bertulis dengan ditandatangani oleh pempetisyen
atau pempetisyen-pempetisyen atau peguam bela atau peguam-peguam
belanya atau mereka. Permohonan itu hendaklah menyatakan alasan
yang menyokong permohonan itu.
(2) Bentuk yang berikut adalah memadai:
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Bahagian Pilihan Raya/Kawasan Pilihan Raya ...................................................................
petisyen ...............................................................................(nyatakan
nama pempetisyen)
yang dikemukakan pada ...................................haribulan
...................................................
20 ....................................
Pempetisyen memohon untuk menarik balik petisyennya atas alasan
yang berikut
(di sini nyatakan alasan) dan rneminta supaya suatu hari ditetapkan
bagi
mendengar permohonannya.
Bertarikh pada .................haribulan ...................................................
20 .........................
(Ditandatangani)...................................
(3) Permohonan bagi kebenaran untuk menarik balik petisyen hendaklah
ditinggalkan di pejabat Pendaftar.
Salinan
permohonan hendaklah diberikan kepada responden
23.
Suatu salinan permohonan itu hendaklah diberikan oleh pempetisyen
kepada responden, dan notis dalam perbahasaan yang berikut yang
ditandatangani oleh pempetisyen hendaklah disiarkan dengan segera
dalam Warta oleh pempetisyen atas perbelanjaannya sendiri:
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Dalam petisyen pilihan raya bagi .................................................................
yang dalamnya ....................................... ialah pempetisyen
dan..................
.......................................ialah responden.
Notis adalah dengan ini diberi bahawa pempetisyen yang tersebut
di atas telah
pada............................. hari bulan ...............................................................
menyerahkan dipejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi suatu permohonan
untuk
kebenaran menarik balik petisyen dan yang berikut adalah salinan
permohonan itu:
(Turunkan pemohonan di sini.)
Dan ambil perhatian bahawa di bawah Kaedah-kaedah petisyen Pilihan
Raya 1954, mana-mana orang yang mungkin telah menjadi seorang
pempetisyen mengenai pilihan raya itu boleh, dalam tempoh lima
hari selepas tarikh notis ini disiarkan memberi notis secara bertulis
kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi mengenai tujuannya supaya digantikan
sebagai pempetisyen apabila permohonan itu didengar.
(Ditandatangani) ....................................."
Permohonan
supaya digantikan sebagai pempetisyen apabila petisyen ditarik
balik
24.
Seseorang yang mungkin telah menjadi seorang pempetisyen mengenai
pilihan raya yang dimaksudkan oleh petisyen itu boleh dalam tempoh
lima hari selepas notis itu disiarkan oleh pempetisyen, memberi
notis secara bertulis yang ditandatangani olehnya atau bagi pihaknya,
kepada Pendaftar, mengenai cadangannya hendak memohon semasa petisyen
itu didengar untuk menggantikan pempetisyen itu, tetapi ketiadaan
notis itu tidaklah pula mengecewakan permohonan itu jika sebenarnya
dibuat semasa petisyen itu didengar.
Masa
dan tempat mendengar permohonan
25.
Masa dan tempat mendengar permohonan itu hendaklah ditetapkan
oleh Hakim tetapi hendaklah jangan kurang daripada satu minggu
selepas permohonan untuk kebenaran menarik balik ditinggalkan
di pejabat Pendaftar seperti diperuntukkan terdahulu daripada
ini, dan notis mengenai masa dan tempat yang ditetapkan untuk
mendengar permohonan itu hendaklah diberi kepada orang atau orang-orang,
jika ada, yang telah memberi notis kepada Pendaftar mengenai cadangan
hendak memohon supaya digantikan sebagai pempetisyen,dan selainnya
dengan apa-apa cara dan pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan
oleh Hakim.
Menggantikan
pempetisyen lain
26.
(1) Apabila didengar permohonan untuk penarikan balik, mana-mana
orang yang mungkin telah menjadi seorang pempetisyen mengenai
pilihan raya yang dimaksudkan oleh petisyen itu, boleh memohon
kepada Hakim untuk digantikan sebagai pempetisyen bagi pempetisyen
yang ingin hendak menarik balik petisyen itu.
(2) Hakim boleh, jika difikirkannya patut,menggantikan sebagai
seorang pempetisyen mana-mana pemohon yang tersebut dahulu; dan
boleh selanjutnya, jika penarikan balik yang dicadangkan itu adalah,
pada pendapat Hakim, didorong oleh sesuatu tolak-ansur atau balasan
rasuah, dengan perintah mengarahkan supaya sekuriti yang diberi
bagi pihak pempetisyen asal itu masih menjadi sekuriti bagi apa-apa
kos yang mungkin dilakukan oleh pempetisyen gantian itu, dan setakat
jumlah wang yang disebutkan dalam sekuriti itu pempetisyen asal
adalah bertanggungan membayar kos pempetisyen gantian itu.
(3) Jika tiada perintah tersebut dibuat berkenaan dengan sekuriti
yang diberi bagi pihak pempetisyen asal, maka sekuriti sebanyak
amaun yang sama yang akan dikehendaki bagi suatu petisyen baru,
dan tertakluk kepada syarat-syarat yang sama, hendaklah diberi
bagi pihak pempetisyen gantian itu sebelum dia meneruskan petisyennya,
dan dalam tempoh tiga hari selepas perintah penggantian itu.
(4) Tertakluk seperti tersebut dahulu, seseorang pempetisyen gantian
adalah mempunyai kedudukan yang sama, dengan seberapa hampir yang
boleh, dan tertakluk kepada liabiliti yang sama seperti pempetisyen
asal.
(5) Jika sesuatu petisyen ditarik balik, pempetisyen itu adalah
bertanggungan membayar kos responden.
(6) Jika pempetisyen lebih daripada seorang, tiada apa-apa permohonan
boleh dibuat untuk menarik balik sesuatu petisyen kecuali dengan
persetujuan semua pempetisyen itu.
Petisyen
tamat dengan kematian
27.
(1) Tertakluk kepada kaedah 28, sesuatu petisyen pilihan raya
tamat dengan kematian pempetisyen tunggal atau dengan kematian
pempetisyen yang masih hidup selepas kematian pempetisyen-pempetisyen
yang lain.
(2) Penamatan sesuatu petisyen tidaklah menyentuh liabiliti pempetisyen
atau mana-mana orang lain terhadap pembayaran kos yang telah dilakukan
dahulunya.
Permohonan
supaya digantikan sebagai pempetisyen apabila petisyen tamat
28.
(1) Notis penamatan sesuatu petisyen, dengan kematian pempetisyen
atau pempetisyen yang masih hidup selepas kematian pempetisyen
-pempetisyen lain, hendaklah diberikan oleh pihak atau orang yang
mempunyai kepentingan dengan cara yang sama seperti notis mengenai
permohonan untuk menarik balik sesuatu petisyen.
(2)
Mana-mana orang yang mungkin menjadi seorang pempetisyen berkenaan
dengan sesuatu pilihan raya yang dimaksudkan oleh petisyen itu
boleh memohon kepada Hakim untuk menjadi pempetisyen sebagai ganti
dan permohonan itu hendaklah dibuat dalam tempoh satu bulan kalendar
dari hari notis penamatan itu difailkan atau apa-apa tempoh lain
yang dibenarkan oleh Hakim selepas menimbangkan apa-apa hal keadaan
yang khas.
(3)
Hakim boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti menjadikan
sebagai pempetisyen mana-mana pemohon yang ingin menjadi ganti
dan yang bagi pihaknya jaminan diberikan sebanyak amaun yang sama
dengan yang dikehendaki dalam hal sesuatu petisyen baru.
(4)
Mana-mana orang yang menjadi ganti sebagai seorang pempetisyen
di bawah kaedah ini hendaklah mempunyai kedudukan yang sama, dengan
seberapa hampir yang boleh, dan hendaklah tertakluk kepada liabiliti
yang sama seperti pempetisyen asal.
Petisyen
hendaklah berterusan setelah responden mati, meletakkan jawatan
atau selepas notis tidak membangkang diberikan
29.
(1) Jika sebelum perbicaraan sesuatu petisyen pilihan raya, seseorang
responden mati atau meletakkan jawatan, atau memberikan notis
secara bertulis kepada Pendaftar yang dia tidak bercadang hendak
membangkang petisyen itu, maka petisyen itu tidaklah boleh ditamatkan
tetapi hendaklah berterusan sama ada atau tidak mana-mana orang
memohon supaya diterima menjadi seseorang responden sebagaimana
yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
(2)
Notis mengenai fakta bahawa seseorang responden telah mati, atau
telah meletakkan jawatan, atau bahawa dia telah memberi notis
secara bertulis yang dia tidak bercadang hendak membangkang petisyen
itu, hendaklah ditampalkan pada papan notis Mahkamah yang diuntukkan
bagi prosiding di bawah Kaedah-Kaedah ini yang diebut dalam kaedah
17 oleh Pendaftar.
(3)
Mana-mana orang yang mungkin telah menjadi seorang pempetisyen
mengenai pilihan raya yang dimaksudkan oleh petisyen itu boleh
memohon kepada Hakim supaya diterima sebagai seorang responden
untuk membangkang petisyen itu dalam tempoh sepuluh hari selepas
notis itu ditampalkan pada papan notis Mahkamah yang diuntukkan
bagi prosiding di bawah Kaedah-Kaedah ini yang disebut dalam kaedah
17 atau dalam tempoh yang lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh
Hakim.
(4)
Cara dan masa bagi responden memberi notis kepada Pendaftar yang
dia tidak bercadang hendak membangkang petisyen itu adalah dengan
meninggalkan notis mengenainya itu secara bertulis di pejabat
Pendaftar, ditandatangani oleh responden tidak kurang daripada
enam hari sebelum hari yang ditetapkan bagi perbicaraan, tidak
termasuk hari bagi meninggalkan notis itu.
Responden
yang tidak membangkang petisyen tidak boleh hadir sebagai pihak
30.
Seseorang responden yang telah memberikan notis mengenai cadangannya
tidak hendak membangkang sesuatu petisyen tidak boleh dibenarkan
hadir atau bertindak sebagai suatu pihak yang menentang petisyen
itu dalam apa-apa prosiding mengenainya.
Notis
membatalkan perbicaraan jika petisyen ditamatkan,dsb.
31.
Selepas menerima permohonan pempetisyen bagi kebenaran untuk menarik
balik atau notis mengenai cadangan responden tidak hendak membangkang
petisyen itu, atau notis mengenai tamatnya petisyen itu kerana
kematian, atau notis mengenai berlakunya mana-mana peristiwa yang
disebut dalam kaedah 29, jika notis itu telah diterima selepas
notis mengenai perbicaraan diberikan, dan sebelum perbicaraan
dimulakan, Pendaftar hendaklah segera membatalkan notis mengenai
perbicaraan itu. Pembatalan itu hendaklah diberikan dengan cara
yang sama, dengan seberapa hampir yang boleh, seperti notis mengenai
perbicaraan.
Kos
32.
Segala kos bagi mengemukakan sesuatu petisyen dan kos yang bersampingan
dengannya dan dengan prosiding yang berikutan dengan petisyen
itu mengikut apa-apa cara dan mengikut apa-apa kadar sebagaimana
yang ditetapkan oleh Hakim, dengan memberikan perhatian kepada
apa-apa kos yang tidak dibenarkan yang, pada pendapat Hakim, telah
disebabkan oleh kelakuan yang menyakitkan hati, pengataan yang
tak berasas, atau bantahan yang tak berasas, sama ada pada pihak
pempetisyen atau pada pihak responden dan juga kepada penolakan
apa-apa belanja yang tidak perlu dengan meletakkan beban bagi
membayarnya ke atas pihak yang telah menyebabkannya, sama ada
pihak itu berjaya sepenuhnya atau tidak berjaya sepenuhnya.
Menetapkan
dan mendapatkan kos
33.
(1) Kos hendaklah ditetapkan oleh Pendaftar atas perintah yang
menurutnya kos itu kena dibayar mengikut cara yang sama seperti
kos yang ditetapkan dalam Mahkamah Tinggi, tetapi tertakluk kepada
apa-apa arahan nyata, sama ada am atau tertentu, yang diberikan
oleh Hakim; dan kos boleh didapatkan mengikut cara yang sama seperti
kos bagi sesuatu tindakan di sisi undang-undang.
(2) Hakim boleh mengarahkan supaya kesemua atau apa-apa bahagian
daripada apa-apa wang yang didepositkan sebagai jaminan di bawah
kaedah 12 dan 13 digunakan bagi membayar kos yang ditetapkan.
(3) Fi pejabat yang kena dibayar bagi pemeriksaan, salinan pejabat
dan prosiding lain di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah sebagaimana
yang ditetapkan oleh Hakim Besar.
Notis
pelantikan peguam bela
34.
Seseorang peguam bela hendaklah, sebaik selepas dia dilantik sedemikian,
meninggalkan notis bertulis mengenai perlantikannya itu di pejabat
Pendaftar.
Penyampaian
notis kepada peguam bela
35.
Penyampaian notis dan prosiding kepada peguam bela itu adalah
mencukupi bagi segala maksud di bawah Kaedah-Kaedah ini.