| |
| UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 5
AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954
|
BAHAGIAN III
PERBUATAN-PERBUATAN RASUAH
|
Penyamaran
7. Tiap-tiap orang yang memohon untuk mendapatkan
suatu kertas undi dalam sesuatu pilihan raya atas nama seseorang
yang lain, sama ada nama itu adalah nama bagi seseorang yang
hidup atau mati, atau nama seseorang yang diada-adakan atau
yang, setelah mengundi sekali dalam mana-mana pilihan raya
itu, memohon untuk mendapatkan dalam pilihan raya yang sama
suatu kertas undi atas namanya sendiri, adalah bersalah atas
kesalahan menyamar.
Penjamuan
8. Tiap-tiap orang yang, secara rasuah, dengan sendirinya
atau melalui mana-mana orang lain, sama ada sebelum, semasa
atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak
langsung memberi atau mengadakan atau menyebabkan diberi atau
diadakan, atau yang menyertai hal memberi atau mengadakan
itu, atau yang membayar atau mengaku janji akan membayar kesemuanya
atau sebahagiannya, belanja bagi memberi atau mengadakan apa-apa
makanan, minuman, makanan atau minuman ringan atau bekalan,
atau apa-apa wang atau tiket atau apa-apa cara atau tipu daya
lain untuk membolehkan apa-apa makanan, minuman, makanan atau
minuman ringan atau bekalan didapatkan, bagi atau untuk mana-mana
orang bagi maksud untuk memperngaruhi secara rasuah orang
itu atau mana-mana orang lain supaya memberi atau tidak memberi
undinya dalam pilihan raya itu atau oleh sebab mana-mana orang
itu atau mana-mana orang lain telah mengundi atau tidak mengundi
atau akan mengundi atau tidak akan mengundi dalam pilihan
raya itu, dan tiap-tiap pemilih atau pengundi yang, secara
rasuah menerima atau mengambil apa-apa makanan, minuman, atau
penyegar atau bekalan itu atau mana-mana wang atau tiket itu
atau yang menggunakan apa-apa cara atau tipu daya lain itu
untuk membolehkan makanan, minuman, penyegar atau bekalan
itu didapatkan adalah bersalah atas kesalahan menjamu.
Pengaruh tidak wajar
9. (1) Tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa, atau selepas
sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung,
dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya,
menggunakan atau mengancam hendak menggunakan apa-apa kekerasan,
keganasan atau halangan, atau yang mengenakan atau mengancam
hendak mengenakan, dengan sendirin atau melalui mana-mana
orang lain, apa-apa bencana, kecacatan, kerosakan atau kerugian
keduniaan atau kerohanian ke atas atau terhadap mana-mana
orang bagi mendorong atau memaksa orang itu mengundi atau
tidak mengundi, atau oleh sebab orang itu telah mengundi atau
tidak mengundi, dalam mana-mana pilihan raya, atau yang dengan
melarikan pemilih atau pengundi, dengan dures atau apa-apa
tipu daya atau muslihat menghindar atau menahan mana-mana
pemilih atau pengundi daripada menjalankan hak mengundinya
dengan bebas, atau yang dengan yang dengan itu memaksa, mendorong,
atau mendesak mana-mana pemilih atau pengundi sama ada memberi
atau tidak memberi undinya dalam mana-mana pilihan raya, atau
yang secara langsung atau tidak langsung mengganggu atau cuba
mengganggu mana-mana orang daripada menjalankan hak pemilihannya
dengan bebas adalah bersalah atas kesalahan pengaruh tak wajar.
(2) Seseorang hendaklah disifatkan sebagai mengganggu seseorang
daripada menjalankan hak pemilihannya dengan bebas mengikut
pengertian seksyen ini jika dia mendorong atau cuba mendorong
orang itu mempercayai bahawa dia, atau mana-mana orang yang
mengenainya dia mempunyai kepentingan, akan menjadi atau akan
dijadikan seorang yang dimurkai Tuhan atau yang dicela kerohaniannya.
Penyogokan
10. Orang-orang yang berikut hendaklah disifatkan sebagai
bersalah atas kesalahan menyogok:
(a) tiap-tiap orang yang, sebelum,
semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung
atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana
orang lain bagi pihaknya, memberi, meminjamkan atau bersetuju
untuk memberi atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan,
atau berjanji akan mendapatkan atau akan berusaha untuk
mendapatkan, apa- apa wang atau balasan bernilai kepada
atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada
atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih
atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain,
bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi, atau yang
secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu
oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau
tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya;
(b) tiap-tiap orang yang, seblum, semasa atau selepas sesuatu
pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan
sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya,
memberikan atau mendapatkan, atau bersetuju untuk memberi
atau mendapatkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji
akan mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa
jawatan, kedudukan atau pekerjaan kepada atau untuk mana-mana
pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana
orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada
atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong pemilih
atau pengundi itu supaya mengundi atau tidak mengundi, atau
yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut
terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi telah mengundi
atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya;
(c) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu
pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan
sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya,
memberi apa-apa pemberian atau pinjaman, tawaran, janji,
pemerdapatan, persetujugan yang disebut terdahulu kepada
atau untuk mana-mana orang bagi mendorong orang itu supaya
mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang
dipilih, atau untuk mendapatkan undi mana-mana pemilih atau
pengundi dalam mana-mana pilihan raya;
(d) tiap-tiap orang yang, sama ada sebelum atau semasa sesuatu
pilihan raya, apabila menerima atau oleh sebab mana-mana
pemberian, pinjaman, tawaran, janji, pemerdapatan, atau
persetujuan itu, mendapatkan atau mengaku janji, berjanji
atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih
atau untuk mendapatkan undi mana-mana pemilih atau pengundi
dalam sesuatu pilihan raya;
(e) tiap-tiap orang yang, sama ada sebelum atau semasa sesuatu
pilihan raya, mendahulukan atau membayar atau menyebabkan
supaya dibayar apa-apa wang kepada, atau untuk kegunaan,
mana-mana orang lain dengan niat supaya wang itu atau mana-mana
bahagian dibelanjakan sebagai sogokan dalam mana-mana pilihan
raya atau yang dengan diketahuinya membayar atau menyebabkan
dibayar apa-apa wang kepada mana-mana orang bagi menjelaskan
atau membayar balik apa-apa wang yang keseluruhannya atau
sebahagiannya telah dibelanjakan sebagai sogokan dalam mana-mana
pilihan raya itu,
(f) tiap-tiap pemilih atau pengundi yang, sebelum atau semasa
mana-mana pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung,
dengan sendirinya atau melalui mana-mana orang lain bagi
pihaknya, menerima, bersetuju atau membuat kontrak untuk
mendapatkan apa-apa wang, pemberian, pinjaman, atau balasan
bernilai, jawatan, kedudukan atau pekerjaan, untuk dirinya
atau untuk mana-mana orang lain, kerana mengundi atau bersetuju
mengundi atau kerana tidak mengundi atau bersetuju tidak
mengundi dalam mana-mana pilihan raya itu;
(g) tiap-tiap orang yang, selepas mana-mana pilihan raya,
secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau
melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, menerima apa-apa
wang atau balasan bernilai oleh sebab mana-mana orang telah
mengundi atau tidak mengundi atau telah mendorong mana-mana
orang lain supaya mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana
pilihan raya itu;
(h) tiap-tiap orang yang, selepas sesuatu pilihan raya,
secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau
melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, oleh sebab dan
sebagai bayaran kerana mengundi atau telah mengundi atau
kerana bersetuju atau telah bersetuju untuk mengundi mana-mana
calon dalam sesuatu pilihan raya, atau oleh sebab dan sebagai
bayaran kerana mengundi atau telah mengundi atau kerana
bersetuju atau telah bersetuju untuk mengundi mana-mana
calon dalam sesuatu pilihan raya, atau oleh sebab dan sebagai
bayaran kerana dia telah membantu atau bersetuju untuk membantu
mana-mana calon dalam sesuatu pilihan raya, memohon kepada
calon itu, atau kepada ejen atau ejen-ejennya, untuk mendapatkan
pemberian atau pinjaman apa-apa wang atau balasan bernilai
atau untuk mendapatkan apa-apa janji mengenai pemberian
atau pinjaman apa-apa wang atau balasan bernilai atau untuk
mendapatkan apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan atau
untuk mendapatkan janji mengenai apa-apa jawatan, kedudukan
atau pekerjaan; dan
(i) tiap-tiap orang yang, sama ada sebelum atau semasa sesuatu
pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan
sendiri atau melalui mana-mana orang bagi pihaknya, bagi
mendorong mana-mana orang lain supaya bersetuju dinamakan
sebagai seorang calon atau supaya tidak menjadi seorang
calon atau supaya menarik diri jika dia telah menjadi seorang
calon, memberikan atau mendapatkan apa-apa jawatan, kedudukan
atau pekerjaan, atau bersetuju untuk memberikan atau mendapatkan
atau menawar atau berjanji akan mendapatkan atau berusaha
untuk mendapatkan apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan,
kepada atau untuk orang lain itu, atau memberi atau meminjamkan,
atau bersetuju akan memberi atau meminjamkan, atau menawarkan,
atau berjanji akan mendapatkan atau berusaha untuk mendapat-kan
apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana
orang atau kepada atau untuk orang lain itu, atau kepada
atau untuk mana-mana orang bagi pihak orang lain itu.
Hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan
rasuah
11. (1) Tiap-tiap orang yang-
(a) melakukan kesalahan menyamar, atau membantu,
menyubahati, menasihat atau menyebabkan pelakuan kesalahan
menyamar;
(b) melakukan kesalahan menjamu, pengaruh tidak wajar, atau
menyogok;
(c) mencetak, menerbitkan, mengedarkan atau menampalkan
atau menyebab dicetak, diterbitkan, dibahagi-bahagikan atau
ditampalkan apa-apa iklan, surat sebaran, pelekad atau poster
yang berkenaan dengan mana-mana pilihan raya dan yang tidak
mengandungi pada mukanya nama dan alamat pencetak dan penerbitnya;
(d) membuat atau menerbitkan apa-apa pernyataan palsu mengenai
fakta berhubung dengan watak atau kelakuan peribadi calon
itu sebelum atau semasa mana-mana pilihan raya bagi maksud
mempengaruhi supaya mana-mana calon dipilih;
(e) membuat atau menerbitkan apa-apa pernyataan palsu mengenai
penarikan diri mana-mana calon lain dalam pilihan raya itu
sebelum atau semasa mana-mana pilihan raya bagi maksud menganjurkan
supaya atau mendapatkan mana-mana calon; ,
(f) sebagai seorang calon atau ejen pilihan raya dengan
diketahuinya membuat akuan tentang belanja piihan raya yang
dikehendaki oleh seksyen 23 secara palsu.
adalah bersalah atas suatu perbuatan rasuah dan boleh, apabila
disabitkan oleh sesuatu Mahkamah Sesyen mengenai hal yang
tersebut dalam perenggan (a) dan (b), dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun dan didenda tidak kurang daripada
seribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit,
dan, dalam apa-apa hal lain, dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi satu tahun dan didenda tidak melebihi satu tahun
dan didenda tidak melebihi dua ribu ringgit. Kesalahan di
bawah perenggan (a) dan (b) ialah kesalahan boleh tangkap
mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.
(2) Tertakluk kepada apa-apa peruntukan tertentu yang berlawanan
dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan
mana-mana pilihan raya, tiap-tiap orang yang disabitkan atas
sesuatu perbuatan rasuah tidak boleh, oleh sebab sabitan itu,
didaftar atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau untuk
mengundi dalam mana-mana pilihan raya atau dipilih dalam mana-mana
pilihan raya, dan jika pada tarikh itu dia telah pun dipilih
dalam mana-mana pilihan raya, maka kerusinya hendaklah dikosongkan
dari tarikh sabitan itu:
Dengan syarat bahawa ketakbolehan itu hendaklah terhenti apabila
tamat lima tahun dari tarikh sabitan itu.
(3) Pendakwaan bagi sesuatu perbuatan rasuah kecuali mana-mana
perbuatan rasuah sebagaimana ditakrifkan dalam perenggan (1)
(d) dan (e) tidak boleh diambil tanpa saksi Pendakwa Raya.
|
| |
| |
| |
|