Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 5
AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA 1954
Suatu Akta bagi mencegah kesalahan pilihan raya dan perbuatan rasuah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang dalam pilihanraya; bagi membuat peruntukan mengenai penubuhan pasukan penguat kuasa dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya; bagi membuat peruntukan mengenai perlantikan ejen pilihanraya dan bagi mengawal belanja pilihanraya; dan bagi membuat peruntukan mengenai petisyen pilihan raya.

[Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan
Putrajaya* - 30 April 1954;
Sabah+, Wilayah Persekutuan Labuan** - 1 Ogos 1965, P.U.176/1966;
Sarawak++ - 1 November 1966, P.U.227/1967]
BAHAGIAN I

PERMULAAN DAN PENTAFSIRAN

Tajuk ringkas dan pemakaian


1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"bahagian pilihan raya" ertinya sesuatu kawasan yang ditetapkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud sesuatu pilihan raya;

"berhak" ertinya berhak menurut atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan sesuatu pilihan raya;

"dibenarkan" ertinya dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan sesuatu pilihan raya;

"ejen pilihan raya" ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 12 oleh seseorang calon untuk pilihan raya sebagai ejennya untuk pilihan raya itu;

"Hakim Pilihan Raya" ertinya Hakim Besar atau mana-mana Hakim yang dinamakan oleh Hakim Besar di bawah seksyen 33;

"hari mengundi" berhubungan dengan sesuatu pilihan raya ertinya tempoh, yang mungkin berlanjutan selama satu hari atau lebih, yang bermula dari permulaan hari pungutan undi dalam pilihan raya itu dijadual untuk dimulakan dan berakhir pada masa perisytiharan oleh pegawai pengurus akan keputusan pilihan raya itu;

“pasukan penguat kuasa” ertinya pasukan penguat kuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 27B;

“pegawai pengurus” mempunyai ciri yang sama seperti dalam Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19];

"pegawai yang hak" ertinya pegawai atau orang yang dilantik oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan sesuatu pilihan raya untuk menjaga atau mengurus perjalanan pilihan raya itu;

"pilihan raya" ertinya sesuatu pilihan raya yang diadakan mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pemilihan orang sebagai ahli Dewan Rakyat, sesuatu Dewan Negeri atau sesuatu pihak berkuasa tempatan.

“tempoh berkempen”, berhubung dengan sesuatu pilihan raya, ertinya tempoh mana-mana calon atau ejen pilihan rayanya dibenarkan mengadakan kempen pilihan raya di dalam bahagian pilihan raya calon itu, iaitu tempoh yang bermula dari masa pegawai pengurus mengisytiharkan bahawa suatu pengundian akan dijalankan di dalam bahagian piihan raya yang baginya dia dilantik dan berakhir apabila tamat hari sebelum hari mengundi.

(2) Apa-apa perkataan atau perbahasaan yang digunakan didalam Akta ini, yang ertinya ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan mana-mana pilihan raya, hendaklah mempunyai erti yang sama dalam Akta ini, bagi maksud-maksud dan berkenaan dengan pilihan raya itu, seperti yang dipunyainya dalam undang-undang bertulis yang tersebut itu; dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai orang atau pegawai hendaklah, bagi maksud dan berkenaan dengan mana-mana sesuatu pilihan raya, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai mana-mana orang atau pegawai yang setaraf yang dilantik di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan pilihan raya itu.