| |
| UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 19
AKTA PILIHAN RAYA 1958
|
BAHAGIAN VI
PERATURAN-PERATURAN
|
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
yang berhubungan dengan pendaftaran pemilih
15. (1) Suruhanjaya Pilihan Raya boleh dengan kelulusan Yang di-Pertuan
Agong membuat peraturan-peraturan bagi pendaftran pemilih dan bagi
semua perkara yang bersampingan dengannya.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang terdahulu, peraturan-peraturan
itu boleh –
(a) menetapkan hal penyimpanan dan penyenggaraan daftar
pemilih dalam mana-mana bahagian pilihan raya dan juga jenis dan
bentuk daftar pemilih itu;
(b) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam penyediaan
dan penyiaran daftar pemlilh;
(c) menetapkan masa sesuatu daftar pemilih hendaklah disediakan
atau disemak dan tatacara yang hendaklah diikuti dalam membuat
penyemakan itu;
(d) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam penyediaan
dan penyiaran daftar pemilih baru bagi mana-mana bahagian pilihan
raya jika sempadan-sempadan bahagian pilihan raya itu telah ditetapkan
atau diubah seleapas daftar pemilih disediakan;
(e) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti pada membuat dan
memutuskan tuntutan yang meminta sesuatu nama dimasukkan ke dalam
sesatu daftar pemilih atau ke dalam sesuatu daftar pemilih baru
atau ke dalam sesuatu daftar pemilih semakan dan pada membuat
dan memutuskan bantahan terhadap kemasukan apa-apa nama di dalamnya;
(f) membuat peruntukan bagi pembayaran pampasan, yang tidak melebihi
satu ribu ringgit, kepada mana-mana orang yang terkilan oleh sebab
suatu bantahan dibuat dengan tiada sebab yang munasabah terhadap
kemasukan namanya ke dalam mana-mana daftar pemilih oleh orang
yang membuat bantahan itu;
(g) menetapkan apa-apa bentuk permohonan, notis atau dokumen lain
yang perlu atau wajar digunakan berkaitan dengan apa-apa perkara
yang diperkatakan dalam seksyen ini;
(h) memberi kuasa mana-mana Pendaftar atau Pegawai Pengadil, bagi
maksud menimbangkan atau memutuskan apa-apa permohonan, tuntutan,
bantahan atau rayuan yang dia dikehendaki menimbangkan atau memutuskannya
di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini,
memanggil mana-mana orang supaya hadir di hadapannya dan memberikan
keterangan bersumpah atau berikrar dan bagi mengendalikan sesuatu
sumpah atau ikrar itu bagi maksud itu dan bagi memerintahkan supaya
dikemukakan apa-apa dokumen yang berkaitan dengan apa-apa persoalan
yang pegawai itu dikehendaki menimbangkan dan memutuskannya;
(i) menetapkan fi yang hendaklah dibayar mengenai apa-apa permohonan,
notis, tuntutan atau bantahan dan cara bagaimana fi tiu hendaklah
diperlakukan;
(j) menetapkan cara bagaimana sesuatu daftar pemilih atau sesuatu
daftar pemilih baru atau sesuatu daftar pemilih semakan hendaklah
diperakui;
(k) membuat peruntukan bagi membetulkan kekhilafan tulisan dalam
mana-mana hendaklah diperakui;
(l) membenarkan atau menghendaki Pendaftar membekali mana-mana
orang sebagaimana yang ditetapkan dengan salinan mana-mana orang
sebgaimana yang ditetapkan dengan salinan mana-mana daftar pemilih
atau mana-mana bahagiannya, sama ada dengan percuma atau dengan
membayar apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan
itu;
(m) (Dipotong oleh Akta A1155);
(n) membuat peruntukan bagi pembahagian bahagian pilihan raya
kepada unit-unit pendaftaran.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan
dengan penjalanan pilihan raya
16. (1) Suruhanjaya Pilihan Raya boleh dengan kelulusan Yang di-Pertuan
Agong membuat peraturan-peraturan bagi penjalanan pilihan raya bagi
Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan, dan bagi semua perkara yang
bersampingan dengannya.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang terdahulu, peraturan-peraturan
itu boleh –
(a) menetapkan cara bagaimana notis untuk mengadakan
sesuatu pilihan raya hendaklah diberikan;
(b) menetapkan tatacara bagi penamaan calon dan bagi membuat dan
memutuskan bantahan terhadap mana-mana penamaan;
(bb) membuat peruntukan bagi tatacara dalam pemberian kelulusan
oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai apa-apa simbol yang hendak
digunakan dalam sesuatu pilihan raya:
Dengan syarat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh meluluskan
apa-apa simbol yang berkaitan dengan mana-mana agama atau mazhabnya
atau yang selainnya tidak sesuai dengan ketertiban atau prinsip
moral;
(c) membuat peruntukan bagi penyiaran notis mengenai tarikh yang
pungutan undi akan dijalankan bagi sesuatu pilihan raya yang dipertandingkan;
(d) menetapkan amaun apa-apa deposit, yang tidak melebihi dua
puluh ribu ringgit dalam setiap hal, yang hendaklah dibayar oleh
atau bagi pihak calon, dan hal keadaan yang membolehkan deposit
itu dilucuthakkan;
(e) menetapkan kemudahan yang hendaklah diadakan di tempat mengundi,
dan orang yang boleh dibenarkan masuk ke tempat mengundi pada
tarikh pungutan undi dijalankan, dan mebuat peruntukan bagi pelantikan
ketua tempat mengundi atau ketua-ketua tempat mengundi dan pegawai
atau kakitangan lain berkenaan dengan setiap tempat mengundi;
(f) menetapkan tempat dan cara bagaiman undi boleh dibuang dan
rupa bentuk dan cara untukmemastikan peti undi yang digunakan
dalam pilihan raya itu terjamin selamat dan bagi pengeluaran kertas
undi kepada pemilih;
(g) memperuntukkan cara bagaimana, dan oleh siapa, sesuatu soal
tentang identiti seseorang yang menuntut untuk mengundi hendaklah
diputuskan;
(h) menetapkan bentuk apa-apa kertas undi dan kaunterfoil yang
hendaklah digunakan dalam pilihan raya;
(i) menetapkan cara bagaimana peti undi, kertas undi yang tidak
dipakai atau kertas undi rosak, salinan daftar pemilih yang telah
ditanda, kaunterfoil kertas undi, dan kokumen lain hendakalh diselenggarakan
apabila pungutan undi ditutup;
(j) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam pengiraan
undi dan hal keadaan yang membolehkan undi ditolak oleh pegawai
pengurus atau ketua tempat mengundi yang dilantik mengikut peraturan-peraturan
yang dibuat di bawah perenggan (e) sebagai tidak sah;
(k) membuat peruntukan bagi pembuatan dan penyiaran penyata oleh
pegawai pengurus dan pernyataan mengenai pungutan undi tentang
mana-mana pilihan raya;
(l) menetapkan apa-apa borang yang perlu atau wajar digunakan
berkaitan dengan perkara yang diperkatakan dalam seksyen ini atau
mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
(m) menetapkan syarat bagi penggunaan kenderaan motor persendirian
dalam pilihan raya;
(n) menetapkan kemudahan yang hendaklah diadakan bagi pengundian
melalui pos dan orang yang berhak mengundi melalui pos;
(o) memperuntukkan bahawa perbuatan tertentu disifatkan sebagai
perbuatan yang menyalahi undang-undang bagi maksud Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954.
(3) Tanpa menjejaskan seksyen 2 Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13],
jika mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini menghendaki
seseorang itu membuat sesuatu akuan berkanun berkaitan dengan atau
bagi maksud penamaan orang itu sebagai seorang calon, maka adalah
sah bagi –
(a) Pegawai Pilihan Raya Negeri bagi Negeri tempat terletaknya
bahagian pilihan raya yang baginya orang itu hendak dipilih; atau
(b) pegawai pengurus bagi bahagian pilihan raya yang baginya orang
itu hendak dipilih, mengambil dan menerima akuan itu, dan suatu
akuan yang diambil dan diterima oleh mana-mana pegawai itu menurut
kuasa subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai suatu akuan
yang dibuat menurut kuasa Akta Akuan Berkanun 1960.
Peraturan-peraturan hendaklah dibentangkan di dalam Dewan
Rakyat
17. Semua peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini hendaklah,
dengan seberapa segera yang boleh selepas peraturan-peraturan itu
dibuat, dibentangkan di dalam Dewan Rakyat, dan jika dalam mesyuarat
Dewan Rakyat yang berikut selepas mana-mana peraturan dibentangkan
di dalamnya suatu ketetapan diluluskan membatalkan peraturan itu
atau mana-mana bahagiannya, maka keseluruhan peraturan itu adalah
terbatal mulai dari masa itu, tetapi tanpa menjejaskan kesahan apa-apa
jua perkara yang telah dilakukan dahulunya di bawah peraturan itu
atau tanpa menyentuh pembuatan mana-mana peraturan baru.
|
| |
| |
| |
|