Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 19
AKTA PILIHAN RAYA 1958

BAHAGIAN IV

PENDAFTARAN PEMILIH

Pelantikan Pegawai

8. (1) Suruhanjaya Pilihan Raya boleh, tertakluk kepada Fasal (1) Perkara 115 Perlembagaan, melantik –

(a) seorang Ketua Pendaftar Pemilih bagi Malaysia;

(b) seorang Timbalan Ketua Pendaftar Pemilih bagi setiap Negeri;

(c) seorang Pendaftar Pemilih dan apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar Pemilih dan Penolong Pendaftar Pemilih sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi setiap kawasan pendaftaran; dan

(d) seorang Pegawai Pengadil bagi setiap kawasan pendaftaran.

(2) Tertakluk kepada arahan dan kawalan Suruhanjaya Pilihan Raya, Ketua Pendaftar hendaklah menjalankan kawalan dan penyeliaan am ke atas segala perkara yang berhubungan dengan –

(a) pendaftaran pemilih; dan

(b) penyediaan, penyiaran dan penyemakan suatu daftar pemililh, di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(3) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Ketua Pendaftar, Timbalan Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala fungsi Ketua Pendaftar di Negeri yang baginya dia dilantik.

(4) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Timbalan Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala fungsi Ketua Pendaftar yang berhubungan dengan pendaftaran pemilih di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini di kawasan pendaftaran yang baginya mereka dilantik.

(5) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Pendaftar, Penolong Pendaftar hendaklah membantu Pendaftar dan Timbalan Pendaftar dalam menjalankan kuasa mereka dan melaksanakan fungsi mereka di kawasan pendaftaran yang baginya dia dilantik.

(6) Pegawai Pengadil hendaklah mendengar apa-apa rayuan yang berbangkit daripada apa-apa rayuan yang berbangkit daripada apa-apa tuntutan atau bantahan tentang suatu daftar pemilih sebagaimana yang diperuntukkan dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan pendaftaran pemilih.

Penyediaan, penyiaran dan penyemakan daftar pemilih

9. (1) Setiap Pendaftar hendaklah menyediakan, menyiarkan dan meyemak mengikut cara yang ditetapkan daftar pemilih yang ditetapkan bagi kawasan pendaftaran yang baginya dia dilantik.

(2) Daftar-daftar pemilih bagi pemilih Parlimen dan pemilih Negeri hendaklah disatukan dalam satu daftar melainkan jika diarahkan selainnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Daftar pemilih yang diperakui atau diperakui semula hendaklah disifatkan sebagai muktamad

9A. Selepas sesuatu daftar pemilih diperakui atau dipeakui semula, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan notis mengenai pemerakuan atau pemerakuan semula itu telah disiarkan dalam Warta sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peratuan yang dibuat di bawah Akta ini, daftar pemililh itu hendaklah disifatkan sebgai muktamad dan mengikat dan tidak boleh dipersoalkan atau dirayu terhadapnya di, atau dikaji semula, dibatalkan atau diketepikan oleh, mana-mana mahkamah.

Pendaftaran dalam satu bahagian pilihan raya sahaja

10. Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih dariapada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya.

11. (Dipotong oleh Akta A1155).