Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 19
AKTA PILIHAN RAYA 1958

BAHAGIAN Ill

BAHAGIAN PILIHAN RAYA

6. (Dipotong oleh Akta 14 tahun 1962).
Daerah mengundi dan tempat mengundi

7. (1) Dengan seberapa segera yang boleh selepas sesuatu bahagian pilihan raya dipersempadankan mengikut Perlembagaan, dan selepas itu apabila mana-mana bahagian pilihan raya diubah atau suatu bahagian pilihan raya baru diwujudkan, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah –
(a) membahagi setiap bahagian pilihan raya kepada daerah-daerah mengundi;

(b) menguntukkan kepada setiap daerah mengundi suatu huruf atau huruf-huruf pengenalan atau nombor pengenalan atau kedua-duanya;

(c) menetapkan tempat atau tempat-tempat akan ditubuhkan tempat atau tempat-tempat mengundi bagi daerah itu; dan

(d) menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menentukan
(i) daerah-daerah mengundi yang menikutnya bahagian pilihan raya itu telah dibahagi;

(ii) huruf atau huruf-huruf pengenalan atau nombor pengenalan atau kedua-duanya yang diperuntukkan kepada setiap daerah mengundi; dan

(iii) tempat atau tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk penubuhan tempat atau tempat-tempat mengundi bagi setiap daerah mengundi.
(2) Pembahagian sesuatu bahagian pilihan raya kepada daerah-daerah mengundi di bawah subseksyen (1) boleh diubah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya apabila keadaan menghendakinya, dan apabila sesuatu perubahan itu dibuat, Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menyatakan berhubung dengan bahagian pilihan raya itu butir-butir yang tersebut dalam perenggan (1) (d).

(3) Maka hendaklah ada satu tempat mengundi bagi setiap daerah mengundi melainkan jika difikirkan perlu atau suai manfaat diperuntukkan selainnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya memandang kepada keadaan khas sesuatu hal.

(4) Suruhanjaya Pilihan Raya boleh, pada bila-bila masa yang difikirkannya perlu atau mengikut kehendak keadaan, menggantikan mana-mana tempat yang ditetapkan bagi penubuhan suatu tempat mengundi di bawa subseksyen (1) dengan menetapkan mana-mana tempat lain di mana suatu tempat mengundi yang baru boleh ditubuhkan, dan Suruhanjaya hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menyatakan butir-butir tentang tempat mengundi yang baru itu.