Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 19
AKTA PILIHAN RAYA 1958
BAHAGIAN Il

PENYELIAAN PILIHAN RAYA

Pelantikan pegawai

3. Tertakluk kepada Fasal (1) Perkara 115 Perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh melantik-

(a) seorang Setiausaha dan apa-apa bilangan Timbalan Setiausaha, Ketua Penolong Setiausaha dan Penolong Setiausaha kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya;

(b) seorang Pegawai Pilihan Raya Negeri dan seberapa banyak Timbalan Pegawai Pilihan Raya Negeri bagi setiap Negeri sebgaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya;

(c) seorang pegawai pengurus dan seberapa banyak penolong pegawai pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya; dan

(d) seorang pegawai penguat kuasa dan sebrapa banyak penolong pegawai penguat kuasa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi setiap bahagian pilihan raya.

Kuasa dan tugas am Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan Penolong Setiausaha

3A. (1) Setiausaha hendaklah menjadi ketua pegawai pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya, tertakluk pada setiap masa dan dalam segala perkara kepada penyeliaan, arahan dan kawalan Suruhanjaya, dan hendaklah-

(a ) melaksanakan keputusan-keputusan Suruhanjaya;

(b) menjalankan pentadbiran hari ke hari pejabat-pejabat Suruhanjaya, dan menjalankan penyeliaan, arahan dan kawalan ke atas semua pegawai pilihan raya yang lain, dan semua pegawai Suruhanjaya yang lain;

(c) menjalankan apa-apa fungsi sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Suruhanjaya dalam atau bagi penjalanan kuasa-kuasa atau pelaksanaan tugas-tugasnya berhubung dengan kajian semula atau penyempadanan bahagian-bahagian pilihan raya, pendaftaran pemilih, penjalanan pilihan raya dan perkara-perkara lain;

(d) mempunyai kuasa untuk menanda bagi pihak Suruhanjaya segala writ, notis dan dokumen lain Suruhanjaya, segala perundangan subsidiari yang dibuat oleh Suruhanjaya, dan segala perbuatan lain oleh Suruhanjaya; dan

(e) mempunyai apa-apa kuasa dan tugas lain sebgaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(2) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Setiausaha, Timbalan-Timbalan Setiausaha hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala fungsi Setiausaha di bawah Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis dan semasa Setiausaha tidak ada, Timbalan Setiausaha yang paling kanan hendaklah bertindak sebagai Setiausaha.

(3) Tertakluk kepada arahan, kawalan dan penyeliaan Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Setiausaha, Ketua-Ketua Penolong Setiausaha dan Penolong-Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Setiausaha dalam penjalanan kuasa mereka dan pelaksanaan fungsi mereka.

Kuasa Pegawai

4. (1) Tertakluk kepada arahan dan kawalan Suruhanjaya Pilihan Raya, Pegawai Pilihan Raya Negeri hendaklah mempunyai segala kuasa dan boleh menjalankan segala tugas Suruhanjaya berhubung dengan penjalanan pilihan raya dalam Negeri yang baginya dia dilantik.

(2) Tertakluk kepada arahan dan kawalan Pegawai Pilihan Raya Negeri, Timbalan Pegawai Pilihan Raya Negeri hendaklah mempunyai segala kuasa dan menjalankan segala tugas Pegawai Pilihan Raya Negeri dalam Negeri yang baginya dia dilantik.

(2A) Pegawai pengurus hendaklah, bersesama dengan pegawai pilihan raya yang lain, tertakluk kepada kawalan, penyeliaan dan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 5(1)(a) dan (b).

(3) Tertakluk kepada arahan dan kawalan pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus yang dilantik bagi membantunya hendaklah mempunyai segala kuasa dan boleh menjalankan segala tugas pegawai pengurus itu.

(4)(a) Jika kerana sakit atau sebab lain mana-mana pegawai pengurus tidak dapat atau tidak berupaya menjalankan mana-mana tugasnya di bawah Akta ini dan tiada masa untuk seseorang lain dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, maka pegawai pengurus itu boleh menlantik seorang penolong pegawai pengurus untuk menjalankan tugasnya.

(b) Tiap-tiap pelantikan di bawah perenggan (a) hendaklah dengan seberapa segera yang boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan boleh dibatalkan oleh Suruhanjaya tetapi tanpa menyentuh kesahan apa-apa jua perkara yang telah dilakukan oleh mana-mana penolong pegawai pengurus yang dilantik sedemikian.

(5) Pegawai penguat kuasa hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan Pegawai Pilihan Raya Negeri, mempunyai segala kuasa dan menjalankan segala tugas yang diberikan kepadanya bagi penguatkuasaan undang-undang yang berhubungan dengan penjalanan pilihan raya dalam bahagian pilihan raya yang baginya dia dilantik.

Kuasa dan tugas am Suruhanjaya Pilihan Raya

5. (1) Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah –

(a) menjalankan kawalan dan penyeliaan ke atas penjalanan pilihan raya dan pendaftaran pemilih dalam daftar pemilih, dan hendaklah menentukan supaya semua pegawai pilihan raya menjalankan tugasnya dengan adil, tidak berat sebelah serta mematuhi Bahagian VIII Perlembagaan dan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(b) mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kepada pegawai-pegawai pilihan raya apa-apa arahan yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi memastikan Bahagian VIII Perlembagaan dan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dilaksankan dengan berkesan;

(c) mempunyai kuasa untuk mengendalikan apa-apa sumpah yang dikehendaki diambil di bawah Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya; dan

(d) menjalankan dan melaksanakan segala kuasa dan tugas lain yang diberikan kepadanya atau yang dipertanggungkan ke atasnya oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2) Tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mewakilkan mana-mana kuasa dan tugas yang diberikan kepadanya atau yang dipertanggungkan ke atasnya oleh Akta ini atau oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, kepada mana-mana orang atau pegawai sebagaimana yang difikirkannya patut:

Dengan syarat bahawa –
(a) tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini terpakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di bawah Akta ini; dan

(b) tiada pewakilan sedemikian boleh menyentuh penjalanan kuasa-kuasa atau pelaksanaan tugas-tugas sedemikian oleh Suruhanjaya.