Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 19
AKTA PILIHAN RAYA 1958

Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan bagi Negeri-Negeri.

[Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan
Putrajaya* - 28 Ogos 1958, P.U. 250/1958;
Sabah+, Wlayah Persekutuan Labuan** - 1 Ogos 1965, P.U. 176/1966;
Sarawak++ - 1 November 1966, P.U. 227/1967]

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pilihan Raya 1958.

Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“ahli” ertinya ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Undangan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“bahagian pilihan raya” ertinya bahagian pilihan raya Parlimen atau bahagian pilihan raya Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“bahagian pilihan raya Negeri” ertinya bahagian pilihan raya yang dipersempadankan mengikut Perkara 117 Perlembagaan;

“bahagian pilihan raya Parlimen” ertinya bahagian pilihan raya yang dipersempadankan mengikut Perkara 116 Perlembagaan;

“calon” ertinya orang yang dinamakan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai seorang calon untuk suatu pilihan raya;

“daerah mengundi” ertinya sebahagian daripada suatu bahagian pilihan raya sebagaimana yang dibahagi di bawah seksyen 7;

“daftar pemilih” ertinya suatu daftar pemilih yang disediakan di bawah seksyen 9;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini;

“kawasan pendaftaran” ertinya keseluruhan kawasan yang menjadi suatu bahagian pilihan raya Parlimen;

“Ketua Pendaftar”, “Timbalan Ketua Pendaftar”, “Pendaftar”, “Timbalan Pendaftar” dan “Penolong Pendaftar” masing-masing ertinya Ketua Pendaftar Pemilih, Timbalan Ketua Pendaftar Pemilih, Pendaftar Pemilih, Timbalan Pendaftar Pemilih dan Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik di bawah seksyen 8;

“Pegawai Pengadil” ertinya Pegawai Pengadil yang dilantik di bawah seksyen 8;

“pegawai penguat kuasa” ertinya pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah seksyen 3 dan termasuklah penolong pegawai penguat kuasa;

“pegawai pengurus” ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3 dan termasuklah penolong pegawai pengurus;

“pegawai pilihan raya” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3 atau 8 atau mana-mana pegawai yang dilantik bagi maksud menjalankan atau membantu perjalanan mana-mana pilihan raya, atau bagi maksud mendaftarkan atau membantu pendaftaran pemilih, di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“pemilih” ertinya seorang warganegara yang berhak mengundi dalam suatu pilihan raya menurut Perkara 119 Perlembagaan;

“pemilih Negeri” ertinya pemilih yang berhak mengundi dalam suatu pilihan raya Negeri;

“pemilih Parlimen” ertinya pemilih yang berhak mengundi dalam suatu pilihan raya Parlimen;

“Perlembagaan” ertinya Perlembagaan Persekutuan;

“pilihan raya” ertinya pilihan raya Parlimen atau pilihan raya Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“pilihan raya Negeri” ertinya statu pilihan raya bagi memilih seseorang ahli Dewan Undangan;

“pilihan raya Parlimen” ertinya suatu pilihan raya bagi memilih seseorang ahli Dewan Rakyat;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha lepada Suruhanjaya Pilihan Raya yang dilantik di bawah seksyen 3;

“tempat mengundi” ertinya mana-mana bilis, binaan, kenderaan atau vesel, di tempat yang ditetapkan di bawah seksyen 7, yang dikhaskan dan dilengkapkan bagi maksud mengundi dan mengira undi.
__________________________________________________________________________
*CATATAN - Lihat seksyen 6 Akta A1095
**CATATAN - Lihat seksyen 6 Akta A585
+CATATAN - Untuk peluasan dan pengubahsuaian Akta ke Sabah, lihat P.U.56/1966, P.U.144/1966, P.U.498/1966, P.U.348/1967.
++CATATAN - Untuk peluasan dan pengubahsuaian Akta ke Sarawak, lihat P.U.497/1966, P.U.349/1967, P.U.55/1968.