Datuk
Hj. Jamdin berlatarbelakangkan pengalaman sebagai ahli bahasa, wartawan,
pengarang, penterjemah, penyair dan pelukis. Beliau menjadi Ketua
Editor/Editor/Penyusun lebih 10 penerbitan buku dan majalah (bahasa,
sastera, budaya, sejarah). Mendapat anugerah pengiktirafan Kerajaan
-penerima Hadiah Sastera, Malaysia (1971); Pahlawan Bahasa, Sastera
dan Budaya Sabah (1988); Tokoh Penulis Sabah (1989); Tokoh Penyair
Islam Sabah (1994); Tokoh Perkhidmatan Awam, KKBSN, Sabah (1996) dan
Tokoh Budaya Sabah (2002). Beliau pernah bertugas sebagai :
1963
- 70 : Pengarang, Wartawan dan Penterjemah akhbar
1962 - 73 : Juruhebah dan Pembaca Berita (sambilan) radio/tv
1970 - 94 : Pegawai Penterjemah, Setiausaha Biro Bahasa, Ketua Biro
Bahasa, Ketua Penolong Pengarah Bhg. Peperiksaan dan Pengembangan
Bahasa Malaysia merangkap Setiausaha Lembaga Peperiksaan Perkhidmatan
Awam Sabah
1984 - 94 : Penceramah (sambilan) Bahasa Malaysia Baku dalam sektor
awam
1994 - 96 : Pengarah, Muzium Sabah
1996 - 2000 : Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah merangkap
Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah
2000 - 2001 : Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri
2001 - 2002 : Pengarah Jabatan Cetak Kerajaan, Sabah
2002 - sekarang : Ahli, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Beliau pernah mewakili Sabah di peringkat kebangsaan sebagai Ahli
Jumaah Universiti Malaya; Ahli Tribunal Hakcipta Malaysia; Ahli Majlis
Penasihat Kebangsaan Berkenaan Kebudayaan Malaysia; Ahli Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia; Ahli Majlis Penulis Pelbagai Kaum
Malaysia; Pengerusi JK Bahasa, LPDBP Malaysia, Ahli JK Pengajian Melayu,
KKBS Malaysia, wakil BAHASA dalam GAPENA; dan di peringkat negeri
sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah; Ahli JK Pengawas Pengajaran
Agama Islam Sabah; Setiausaha 1 Badan Bahasa, Sabah dan Ahli Majlis
Bahasa dan Sastera Sabah.