Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Semakan Daftar Online

Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 
Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
 
Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya


1. PENGENALAN

1.1 Selaras dengan seksyen 27B Akta Kesalahan Piliihan Raya 1954, SPR menubuhkan "Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)". PP-KPR akan diwujudkan dalam setiap Bahagian Pilihan Raya Parlimen di seluruh negara. Penubuhan pasukan ini adalah bertujuan untuk memantau aktiviti kempen pilihan raya di Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri supaya tidak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. PP-KPR akan menguat kuasa undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan dengan kempen pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

1.2 Kedudukan PP-KPR dalam struktur pengurusan pilihan raya adalah seperti di bawah:

Carta Kedudukan PP-KPR

2. KAWASAN KAWALAN PP-KPR

Sesuatu pasukan penguat kuasa hendaklah melaksanakan fungsinya dalam Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang baginya pasukan itu ditubuhkan, termasuklah Bahagian Pilihan Raya Negeri dalam Bahagian Pilihan Raya Parlimen itu.

Kawasan Kawalan PP-KPR

3. KEANGGOTAAN PP-KPR

3.1 Keanggotaan PP-KPR adalah terdiri daripada pegawai- pegawai berikut :

3.1.1 Pegawai Penguat Kuasa (Pegawai SPR/Ketua PP-KPR)
3.1.2 Wakil Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
3.1.3 Wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan
3.1.4 Wakil parti politik yang dilantik secara bertulis oleh calon atau ejen pilihan rayanya.

3.2 Bagi calon bebas, calon itu boleh melantik wakilnya secara bertulis bagi mewakili dirinya di dalam PP-KPR;

3.3 Jika wakil parti politik tidak dilantik atau jika dilantik tetapi tidak hadir bertugas, PP-KPR berhak untuk menjalankan tugas dan melaksanakan fungsinya tanpa penyertaan wakil dari parti politik itu. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh PP-KPR semasa ketiadaan wakil parti/calon itu hendaklah disifatkan telah dipersetujui oelh wakil parti/calon itu.

3.4 Bilamana diperlukan PP-KPR akan diiringi oleh seorang anggota polis bagi menjaga keselamatan pasukan semasa menjalankan tugas;

4. TEMPOH PENGUAT KUASA PP-KPR

PP-KPR hendaklah melaksanakan fungsi secara berterusan sepanjang tempoh berkempen sehingga pengundian ditutup.

5. FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB PP-KPR

Fungsi PP-KPR adalah seperti berikut :

5.1 membuat rondaan dan memantau aktiviti berkempen oleh calon atau Ejen Pilihan Raya dalam kawasan kawalannya untuk memastikan pihak berkenaan mematuhi peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berhubungan dengan aktiviti kempen pilihan raya;

5.2 menurunkan atau menyebabkan supaya diturunkan apa-apa bahan kempen dalam kawasan kawalannya yang melanggar atau tidak mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berhubung dengan aktiviti kempen pilihan raya;

5.3 memberhentikan atau menyebabkan supaya diberhentikan apa-apa ucapan atau syarahan awam terbuka yang diadakan dalam kawasan kawalannya yang melanggar atau tidak mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang berhubung dengan aktiviti kempen pilihan raya; dan

5.4 mengawal dan menyelaraskan pemantauan mana-mana aktiviti kempen pilihan raya sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di dalam kawasan kawalannya.

6. PELAKSANAAN PP-KPR

PP-KPR hendaklah menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya mengikut tatacara berikut :-

6.1 bergerak dalam satu pasukan apabila membuat rondaan/pemantauan yang berterusan mengikut jadual yang disediakan oleh Ketua PP-KPR di dalam kawasan Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan.

6.2 membuat catatan di dalam "Borang Pemantauan dan Penguatkuasaan PP_KRP" berhubung dengan butir-butir kesalahan atau perlanggaran undang-undang yang berkaitan dengan kempen pilihan raya yang ditetapkan;

6.3 merakam syarahan atau mengambil gambar untuk digunakan sebagai bahan bukti bilamana diperlukan;

6.4 Ketua PP-KPR hendaklah berbincang dengan semua anggota pasukan sebelum sesuatu tindakan dibuat bagi tujuan mewujudkan persefahaman tentang bentuk tindakan yang akan diambil;

6.5 PP-KPR akan mengambil tindakan berdasarkan persefahaman bersama;

6.6 sekiranya terdapat keraguan kes-kes pelanggaran dan ianya tidak dapat diputuskan oleh pasukan penguat kuasa, Ketua PP-KPR hendaklah merujuk atau menghubungi terus Pegawai Pengurus atau Pegawai Pilihan Raya Negeri (PPN) untuk mendapat nasihat dan panduan;

6.7 membuat catatan mengenai keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh PP-KPR;

6.8 sekiranya perlu, Ketua PP_KPR boleh membuat laporan polis untuk siasatan lanjut terhadap perlanggaran undang-undang dan peraturan;

6.9 Ketua PP-KPR melalui wakil PDRM hendaklah menggunakan jaringan kerja yang rapat dan berterusan dengan balai-balai polis di seluruh bahagian pilihan raya yang berkenaan semasa urusan pemantauan untuk tujuan tertentu seperti pengesahan laporan, semakan pelanggaran undang-undang, tindakan susulan dan memberi kerjasama dan sokongan sewajarnya; dan

6.10 jika PP-KPR menerima aduan terhadap pelanggaran undang-undang berhubung dengan aktiviti berkempen tindakan sebagaimana di subperenggan 6.1 hingga 6.10 hendaklah diambil.

7. KESALAHAN-KESALAHAN SEMASA BERKEMPEN

Kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh parti atau calon semasa berkempen dalam pilihan raya adalah seperti berikut:

7.1 Bahan-bahan Kempen

7.1.1 mempamerkan pernyataan melalui bahan kempen yang menyentuh hal-hal peribadi seseorang calon yang mengandungi fakta yang berunsur fitnah, palsu yang mencetuskan perasaan benci dan pemusuhan;
[AKPR 11(1)(d)]

7.1.2 mempamerkan atau menggunakan melalui bahan-bahan kempen seperti poster, sepandun, risalah yang menghasut atau melakukan fitnah;
[AKPR 24B]

7.1.3 mempamerkan poster atau sepanduk yang tidak mempunyai nama dan alamat penerbitnya;
[AKPR11(1)(c)]

7.2 Ceramah/Syarahan

Menyebut atau membincangkan isu-isu yang menyentuh soal peribadi atau menjatuhkan soal peribadi atau menjatuhkan maruah seseorang di khalayak ramai yang mendatangkan kebencian, dendam, pemusuhan dan tidak ada kaitan dengan kepentingan pilihan raya.
[AKPR 4A]

8. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH ANGGOTA PP-KPR

Anggota PP-KPR tidak boleh melakukan perkara-perkara seperti yang berikut:

8.1 memakai pakaian yang mempunyai simbol mana-mana parti politik atau simbol calon yang bertanding;

8.2 membawa senjata api kecuali anggota polis yang bertugas di dalam PP-KPR

8.3 menimbulkan atau mencetuskan pertelingkahan di antara wakil parti/calon parti yang bertanding;

8.4 menjalankan atau terlibat dalam mana-mana aktiviti bagi pihak mana-mana parti atau calon parti yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan;

8.5 melakukan sesuatu perbuatan yang menjejaskan atau mencemarkan imej dan kewibawaan SPR sepanjang tempoh bertugas;

8.6 tidak menghormati keputusan Ketua PP-KPR atau keputusan pasukan; dan

8.7 tidak dapat berkerjasama dengan anggota-anggota PP-KPR.

[Petikan dari Berita SPR 1/2004]