3.1
Sebagai pusat untuk melatih pegawai-pegawai dan petugas-petugas
pilihan raya serta pegawai dan kakitangan SPR dalam bidang pengurusan
dan penjalanan pilihan raya.
3.2 Sebagai pusat untuk melatih pegawai-pegawai
penguat kuasa pilihan raya dan pegawai-pegawai serta anggota-anggota
PDRM tentang peranan mereka semasa tempoh berkempen pilihan raya
dan urusan keselamatan semasa pilihan raya.
3.3 Sebagai pusat taklimat mengenai SPR dan pengurusan
pilihan raya kepada NGO’s, para pelajar dan organisasi yang
lain sama ada dari dalam atau luar negara.
3.4 Sebagai pusat untuk melatih pegawai dan kakitangan
dari institusi atau badan-badan pengurusan pilihan raya luar negara
yang menjalin hubungan rasmi dengan SPR, sekiranya diminta.
3.5
Sebagai pusat sumber dan rujukan bagi program pendidikan dalam
bidang yang berkaitan dengan pengajian sivik dan pentadbiran awam.