Setiausahanya, Datuk Wan Ahmad Wan omar, berkata
semua mereka akan dilantik ke jawatan masing-masing termasuk pegawai
pengurus pilihan raya (RO) dan disyaratkan melafaz ikrar berkecuali,
iaitu tidak memihak kepada mana-mana parti politik. "Semua
jawatan dan nama petugas kita sudah kenal pasti iaitu seramai
130,000 orang bagi pilihan raya umum akan datang."dalam tempoh
dua bulan lagi kita akan mengadakan siri perjumpaan pertama dengan
semua RO do seluruh negara, diikuti polis di setiap negeri dan
petugas peringkat bawahan iaitu ketua tempat pengundi dan kerani.
"Inilah antara perancangan dilakukan sekarang," katanya
kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai pindaan undang-undang
dan peraturan pilihan raya di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri
Tajol Rosli Ghazali disini, semalam.
Katanya, SPR akan mengadakan pertemuan kedua
dengan parti pembangkang di peringkat pusat manakala pertemuan
dengan parti kerajaan diperingkat itu sudah selesai pada 21 Mei
lalu. "Hasil pertemuan dengan parti pembangkang di Kuala
Lumpur pada 15 Jun ini, barulah perkara yang kita mahu sampaikan
kepada kerajaan akan dibuat melalui kertas Kabinet," katanya.
Wan Ahmad berkata, SPR ketika ini berjaya menyelesaikan
masalah pengundi hantu iaitu penipuan menggunakan nama pemilih
yang sudah meninggal dunia berikutan penggunaan nsistem online
dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bagaimanapun, katanya
SR giat mengatasi masalah pengundi misteri iaitu mereka yang didaftar
sebagai pemilih di satu kawasan tetapi tiada kaitan dengan kawasan
itu khususnya dilakukan parti politik tertentu dengan niat memenangi
pilihan raya. Katanya, setakat ini, BN menyerahkan 15,000 nama
pemilih seperti itu dengan jumlah tertinggi dari Kedah seramai
12,000 nama, diikuti Terengganu, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.