Laman Utama
 


versi inggeris






Akta dan Peraturan
Akta dan Peraturan
Pilihan Raya
Parlimen & Dewan Undangan   Negeri
Persempadanan
Pendaftaran Pemilih
Daftar Pemilih & Semakan   Daftar Pemilih

Parti-parti Politik
Proses Pilihan Raya 

Perkhidmatan Atas Talian


Akademi Pilihan Raya

Latar Belakang
Objektif
Fungsi
Kumpulan Sasaran

Kursus Dan Taklimat
Tenaga Pengajar
Tempat Latihan

Pusat Sumber

Pusat Sumber

Jaringan Dalam Negeri

Parlimen
Portal myGovernment

Perhubungan Antarabangsa
Perhubungan Antarabangsa

Jaringan Luar Negeri

Organisasi Penyelidikan,   Penasihat, Pemerhati dan   Terbitan
Laman Berhubung Maklumat   Pilihan Raya
Indeks Negara

Soalan Lazim

Faq

Carian Portal SPR
Web www.spr.gov.my
 
PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA
(PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
 JADUAL KETIGA
 (Peraturan 25 (5))
TATACARA UNTUK DIIKUTI JIKA BILANGAN KERTAS  UNDI YANG DIDAPATI DALAM SUATU PETI UNDI LEBIH DARIPADA BILANGAN YANG DINYATAKAN SEBAGAI BERADA DI DALAMNYA MENGIKUT BORANG 13

1. Ketua tempat mengundi hendaklah, di hadapan setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya, menyebabkan bungkusan yang dilekatkan dengan perekat keselamatan yang tersebut dalam perenggan 24 (1) (d) dibuka, dan, dengan membandingkan bilangan kertas undi yang tidak digunakan dan yang rosak dengan bilangan kertas undi yang asalnya dikeluarkan kepada tempat mengundi itu, hendaklah mengesahkan pernyataan dalam Borang 13. Jika ternyata suatu kesilapan telah dibuat dalam mengisi Borang 13, dan jika ketua tempat mengundi berpuas hati bahawa bilangan kertas undi dalam peti undi itu tidak melebihi bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan dengan sewajarnya di tempat mengundi itu, dia hendaklah memerintahkan supaya pengiraan undi dijalankan dan hendaklah melekatkan semula perekat keselamatan pada bungkusan itu.

2. Jika selepas selesai proses yang diperihalkan dalam perenggan 1 Jadual ini, ternyata pada ketua tempat mengundi bahawa bilangan kertas undi yang ada dalam peti undi itu lebih banyak daripada bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan di tempat mengundi itu, ketua tempat mengundi atau orang yang diberi kuasa olehnya hendaklah, di hadapan setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya memeriksa tindikan, tandatangan ringkas atau tanda rasmi ketua tempat mengundi yang berkenaan atas kertas undi itu satu persatu dan hendaklah mengeluarkan mana-mana kertas undi yang tidak ditindik, ditandatangan ringkas atau tidak mengandungi tanda rasmi ketua tempat mengundi berkenaan atau yang ditindikkan, ditandatangan ringkas atau ditandakan selainnya.

3. Apabila ketua tempat mengundi telah mengeluarkan kertas undi mengikut perenggan 2 dalam Jadual ini, dia hendaklah memerintahkan supaya pengiraan undi itu dijalankan.

4. Kertas undi yang dikeluarkan oleh ketua tempat mengundi hendaklah dimasukkan ke dalam suatu bungkusan yang hendaklah kemudiannya dilekatkan dengan perekat keselamatan dan perekat keselamatan itu hendaklah ditandatangani oleh ketua tempat mengundi itu oleh setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya yang hadir dan yang berhasrat untuk menandatangani perekat keselamatan itu dan dihantar secepat yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya boleh membuka bungkusan itu dan boleh menyebabkan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya patut dijalankan. Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menyimpan kertas undi yang dikeluarkan itu selama tempoh enam bulan dan kemudiannya hendaklah menyebabkan kertas undi itu dimusnahkan melainkan jika diarahkan selainnya oleh seorang Hakim Makamah Tinggi.

Bertarikh 3hb Disember 1981.
[SPR(S) 72/Jld. 11; PN.(PU2) 178c/Pt. IX]

Dengan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya.

ABDUL RASHID BIN HAJI ABDUL RAHMAN,
Setiausaha,
Suruhanjaya Pilihan Raya,
Malaysia

[Dibentangkan dalam Dewan Rakyat menurut seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958]