Text Size
Persempadanan Penjualan Peta

Penjualan Peta

English Version

Seksyen Persempadanan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bertanggungjawab dalam menjual Peta-Peta Bahagian Pilihan Raya Malaysia dan Buku Laporan Persempadanan. Manakala untuk penjualan peta-peta daerah mengundi seluruh Malaysia, ia boleh didapati di Pejabat Pilihan Raya Negeri. Untuk makluman, tuan / puan dikehendaki membuat tempahan awal dengan menyatakan jumlah peta / buku yang dikehendaki dan hantarkan surat permohonan ke : 

Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5, Kompleks C, Blok C7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62690 Putrajaya.

Pembayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau Pesanan Tempatan ( Local Order ) SAHAJA atas nama : 

SETIAUSAHA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03 - 88856500.


PETA-PETA BAHAGIAN PILIHAN RAYA
  • Kesemua 14 buah peta negeri di Malaysia dan Peta Semenanjung Tanah Melayu dijual pada harga *RM 40.00 sekeping. 
  • Peta-peta berkenaan HANYA boleh diperolehi di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia di Aras 4-5, Kompleks C, Blok C7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja.
 
PETA-PETA DAERAH MENGUNDI SELURUH MALAYSIA
  • Kesemua peta-peta daerah mengundi di Malaysia dijual pada harga *RM 20.00 sekeping.
  • Peta-peta Daerah Mengundi HANYA boleh diperolehi di Pejabat Pilihan Raya Negeri sahaja.


Nota : * Harga peta tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa



INFORMASI TERKINI

:: PENJELASAN SPR BERHUBUNG ISU-ISU PRU KE-13 ::

Beberapa siri wawancara berhubung isu-isu Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak akan disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Pengerusi dan YBhg. Datuk Wira Timbalan Pengerusi SPR. Berikut adalah jadual wawancara.

Tarikh / Hari : 20 Mei 2013 (Isnin)
Masa : 10.00 - 11.00 malam
Wakil SPR : YBhg. Datuk Wira Timbalan Pengerusi SPR
Agensi Media : TV Al Hijrah - BICARA (Siaran langsung)

Tarikh / Hari : 22 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 11.00 malam
Wakil SPR : YBhg. Tan Sri Pengerusi SPR
Agensi Media : TV 3 - SOAL JAWAB (Siaran langsung)

Tarikh / Hari : 22 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 10.00 - 11.00 malam
Wakil SPR : YBhg. Datuk Wira Timbalan Pengerusi SPR
Agensi Media : Bernama TV - Helo Malaysia (Siaran langsung)