| BIDANG KUASA |
| |
|
Urusan Belah Bahagi Daerah Mengundi adalah diperuntukkan mengikut Seksyen 7, Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19) yang menjelaskan seperti berikut :
|
|
" 7.(1) Dengan seberapa segera yang boleh selepas sesuatu bahagian pilihan raya dipersempadankan mengikut Perlembagaan, dan selepas daripada itu apabila mana-mana bahagian pilihan raya diubah atau suatu bahagian pilihan raya baru diwujudkan, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah -
|
| |
|
|
| |
a) |
membahagi setiap bahagian pilihan raya kepada daerah mengundi; |
| |
| |
b)
|
menguntukkan kepada setiap daerah mengundi suatu huruf atau huruf-huruf pengenalan atau nombor pengenalan atau kedua-duanya; |
| |
| |
c)
|
menetapkan pusat atau pusat-pusat akan ditubuhkan pusat atau pusat-pusat mengundi bagi daerah itu; dan |
| |
| |
d)
|
menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menentukan |
| |
| |
|
(i)
|
daerah-daerah mengundi yang mengikutnya bahagian pilihan raya itu telah dibahagi; |
| |
| |
|
(ii) |
huruf atau huruf-huruf pengenalan atau nombor pengenalan atau kedua-duanya yang diperuntukkan kepada setiap daerah mengundi; dan |
| |
| |
|
(iii) |
pusat atau pusat-pusat yang telah ditetapkan untuk penubuhan pusat atau pusat-pusat mengundi bagi setiap daerah mengundi. |
| |
|
|
|
| DASAR BELAH BAHAGI |
| |
|
|
|
|
|
Setiap Daerah Mengundi mempunyai pengundi tidak melebihi 3,850 orang. |
| |
|
Mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya Kali yang Ke-673 yang telah diadakan pada 28 Mac 2006 telah bersetuju dengan cadangan daripada pihak urusetia untuk menaikkan jumlah maksima pengundi dalam sesuatu daerah mengundi daripada 3500 orang kepada 3850 orang.
|
| |
|
|
| |
|
Satu Daerah Mengundi mempunyai Satu Pusat Mengundi |
| |
|
Berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia kali Ke-652 dalam mesyuarat bulanannya pada 29 April 2004 telah menetapkan bahawa setiap daerah mengundi perlu mempunyai sebuah pusat mengundi.
|
| |
|
|
| TUJUAN BELAH BAHAGI DAN MENGEMASKINIKAN DAERAH-DAERAH MENGUNDI |
| |
|
|
| |
|
Bagi memudahkan penjalanan pilihan raya seperti mengelakkan kesesakan; |
| |
|
|
| |
|
Memudahkan pendaftaran pemilih dan penyemakan daftar-daftar pemilih; |
| |
|
|
| |
|
Memudahkan penentuan tempat atau tempat-tempat membuang undi; dan |
| |
| |
|
Mendekatkan pemilih dengan pusat mengundi. |
| |
| PRINSIP-PRINSIP MEMBELAH BAHAGI |
| |
| |
|
Bilangan Pemilih |
| |
|
Suruhanjaya Pilihan Raya bersetuju supaya setiap daerah mengundi mempunyai pemilih tidak melebihi daripada 3,850 orang iaitu jumlah pemilih ideal untuk satu-satu daerah mengundi. Namun demikian, dalam keadaan sebenar, daerah-daerah mengundi ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kawasan Bandar dan Kawasan Luar Bandar.
|
| |
| |
|
|
Kawasan Bandar |
| |
|
|
Purata bilangan pemilih untuk sesuatu daerah mengundi di kawasan Bandar ialah lebih kurang 2,001 pemilih dan ke atas. Dengan itu juga, satu-satu daerah mengundi di kawasan Bandar mungkin mempunyai pemilih sehingga 10,000 atau pun 15,000 orang pemilih.
|
| |
| |
|
|
Kawasan Luar Bandar |
| |
|
|
Purata bilangan pemilih untuk sesuatu daerah mengundi di luar Bandar ialah lebih kurang di antara 500-2,000 orang pemilih. |
| |
| |
|
Sempadan Daerah Mengundi |
| |
|
Terbahagi kepada dua takrif sempadan iaitu: |
| |
| |
|
|
Sempadan "Natural" ( CONTOH ) |
| |
|
|
Sungai, anak sungai, gunung, bukit, gaung, tasik, paya dan sebagainya |
| |
| |
|
|
Sempadan "Artificial" ( CONTOH ) |
| |
|
|
Jalan raya bertar, jalan tanah merah, lorong kaki, lorong, talian penghantar elektrik dan sebagainya. |
| |
| |
|
Lokaliti |
| |
|
Merupakan unit terkecil dalam daerah mengundi. Pemecahan sesuatu lokaliti dalam urusan belah bahagi hendaklah dilakukan dengan tujuan untuk mengelakkan kesulitan pada pemilih/pengundi, bagi menentukan di dalam daerah mengundi manakah mereka berada.
|
| |
| |
|
Saiz Daerah Mengundi |
| |
|
Tiada ukuran saiz dalam menentukan keluasan sesuatu daerah mengundi. Pada amnya, saiz daerah mengundi di kawasan bandar adalah lebih kecil daripada di kawasan luar bandar.
|
| |
|
|
| |
|
Pusat Mengundi |
| |
|
Semasa urusan belah bahagi daerah mengundi dijalankan, tindakan diambil bagi memastikan sekurang-kurangnya wujud satu pusat mengundi di dalam setiap daerah mengundi. Bagi daerah mengundi yang tidak mempunyai bangunan yang sesuai untuk dijadikan tempat mengundi, bangsal-bangsal sementara boleh didirikan. Walau bagaimanapun, keadaan khas seumpama ini hendaklah dihadkan bilangannya dengan seberapa yang boleh.
|
| |
| |
|
Sempadan Bahagian Pilihan Raya |
| |
|
Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihan Raya Negeri sahaja. Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH SAMA SEKALI melampaui sempadan Bahagian Pilihan Raya Negeri apatah lagi parlimen termasuklah urusan untuk tujuan mencantumkan 2 daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan 2 Bahagian Pilihan Raya yang berlainan.
|
| |
|
|
|
| |
|
Mengkaji Daerah Mengundi Dalam Kawasan Pembangunan |
| |
|
Kajian ke atas kawasan-kawasan pembangunan khususnya perumahan baru perlu dibuat terlebih awal agar sesuatu daerah mengundi itu nanti tidak akan bertambah pemilihnya terlalu ramai dengan tiba-tiba apabila kawasan perumahan yang baru itu mula didiami.
|
|
|
|
|
JENIS BELAH BAHAGI DAERAH MENGUNDI
|
| |
| |
|
JENIS I ( CONTOH ) |
| |
|
Sesuatu daerah mengundi dibelah bahagikan untuk mewujudkan satu atau lebih daerah mengundi baru. |
| |
|
|
|
| |
|
JENIS II ( CONTOH ) |
| |
|
Sesuatu daerah mengundi dicantumkan dengan satu atau lebih daerah mengundi yang lain. Pencantuman ini melibatkan kekurangan daerah mengundi. |
| |
|
|
|
| |
|
JENIS III ( CONTOH ) |
| |
|
Meminda sempadan di antara daerah-daerah mengundi yang bersempadanan yang melibatkan perpindahan lokaliti-lokaliti dan pemilih-pemilih. Jenis ini tidak melibatkan pertambahan daerah mengundi. |
| |
|
|
|
| |
|
JENIS IV ( CONTOH ) |
| |
|
Meminda sempadan daerah mengundi yang tidak melibatkan sebarang perpindahan lokaliti dan pemilih. |
| |
| |
|
JENIS Va ( CONTOH ) |
| |
|
Membetulkan kedudukan lokaliti berdasarkan kedudukan sebenar pemilih. |
| |
| |
|
JENIS Vb ( CONTOH ) |
| |
|
Meminda atau menukar nama dan / atau kod daerah mengundi. |