1. BELAH BAHAGI
Memastikan pembetulan dan pindaan lokaliti dilakukan dalam tempoh 2 minggu selepas menerima maklumat dari Pejabat Pilihan Raya Negeri.
Memastikan laporan pembentangan yang terlibat dengan urusan belah bahagi disiapkan sebulan selepas Mesyuarat Belah Bahagi.
Memastikan nombor pelan warta diperolehi daripada PPN dua minggu selepas Mesyuarat Pembentangan Belah Bahagi diadakan.
Memastikan daerah-daerah mengundi baru diwartakan sebulan selepas diluluskan oleh SPR.
2. PERSEMPADANAN
Menyelesaikan kajian dan persempadanan semula bahagian Pilihan Raya di dalam tempoh 8 bulan dari tarikh urusan itu dimulakan secara rasmi.
3. PENDAFTARAN
Memproses setiap satu permohonan untuk mendaftar sebagai Pemilih Baru atau Pertukaran Alamat Pusat Mengundi dalam masa kurang daripada 5 minit.
Memproses setiap satu Nota Perakuan untuk tujuan Pembetulan Maklumat Pemilih dalam masa kurang daripada 3 hari.
Memproses setiap satu Nota Perakuan untuk tujuan Pemotongan Maklumat Pemilih dalam masa kurang daripada 3 hari.
4. PENJALANAN PILIHAN RAYA
Memastikan setiap tempat mengundi mengendalikan bilangan maksimum 700 orang pengundi.
Memastikan tempoh mengundi bagi setiap pengundi tidak melebihi lima minit dari masa seseorang pengundi itu memasuki tempat mengundi.
Memberi keutamaan dan menyediakan kemudahan kepada pengundi-pengundi cacat dan kurang upaya.
Memastikan urusan pengiraan undi di tempat mengundi diselesaikan dua jam selepas tamat tempoh pengundian
Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara 2011 © Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Paparan Terbaik : Laman Web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome versi 20 ke atas,Internet Explorer versi 8 ke atas dan Mozilla Firefox versi 17 ke atas
:: PENJELASAN SPR BERHUBUNG ISU-ISU PRU KE-13 ::
Beberapa siri wawancara berhubung isu-isu Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak akan disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Pengerusi dan YBhg. Datuk Wira Timbalan Pengerusi SPR. Berikut adalah jadual wawancara.
Tarikh / Hari : 22 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 11.00 malam
Wakil SPR : YBhg. Tan Sri Pengerusi SPR
Agensi Media : TV 3 - SOAL JAWAB (Siaran langsung)
Tarikh / Hari : 22 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 10.00 - 11.00 malam
Wakil SPR : YBhg. Datuk Wira Timbalan Pengerusi SPR
Agensi Media : Bernama TV - Helo Malaysia (Siaran langsung)