1. PENGURUSAN KENDERAAN JABATAN
Bagi pemohonan yang dikemukakan sekurang-kurangnya 4 hari bekerja dari tarikh kenderaan hendak digunakan, pegawai penyelarasan akan memastikan bahawa pemandu dan kenderaan yang akan digunakan, dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya 2 hari dari tarikh penggunaanya.
2. PENCALONAN PINGAT
Borang-borang pencalonan yang lengkap dihantar ke JPM atau SUK selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh tutup.
3. PENGURUSAN MESYUARAT
Bilik mesyuarat, makanan serta kelengkapan mesyuarat disediakan bagi setiap mesyuarat yang dibuat tempahan tidak kurang 3 hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan.
4. EDARAN SURAT
Surat / Memo yang diterima sebelum jam 3.00 petang diedar pada hari yang sama.
5. URUSAN PERKHIDMATAN
Dokumen pengesahan lantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan dalam tempoh 1 minggu selepas maklumat yang lengkap diterima.
6. URUSAN PERSARAAN
Borang maklumat asas persaraan dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam 2 tahun sebelum tarikh persaraan.
Borang maklumat persaraan dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam 3 bulan sebelum tarikh persaraan.
7. URUSAN CUTI
Borang permohonan cuti rehat yang telah diluluskan direkod dalam masa 3 hari.
Permohonan cuti separuh gaji/tanpa gaji dikemukakan kepada Ketua Jabatan dalam masa 3 hari selepas permohonan diterima untuk mendapatkan kelulusan.
8. KURSUS UNTUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN
Setiap Pegawai dan kakitangan menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
9. KURSUS INDUKSI UMUM DAN KHUSUS
Pegawai dan Kakitangan yang baru dilantik menghadiri Kursus Induksi Umum dan Khusus untuk disahkan dalam perkhidmatan dalam tempoh enam bulan dari tarikh lapor diri.
10. BIL TUNTUTAN
Pembayaran Bil Tuntutan diproses dan diselesaikan dalam masa 14 hari selepas diterima.
11. PESANAN TEMPATAN
Pemprosesan pesanan tempatan dilakukan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh diterima.
12. BARANG-BARANG BEKALAN PEJABAT
Pembekalan barang-barang bekalan pejabat disediakan dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh permohonan.
13. BELANJAWAN TAHUNAN JABATAN
Penyediaan anggaran Belanjawan Tahunan Jabatan disediakan selewat-lewatnya pada pertengahan Mac setiap tahun.
14. PENDIDIKAN PENGUNDI
Bahan-bahan pendidikan pengundi akan sentiasa berada di dalam kuantiti yang mencukupi dan sedia untuk digunakan.
15. PERKHIDMATAN PELANGGAN
Mengadakan Hari Bertemu Pelanggan sekurang-kurangnya 1 kali dalam sebulan bagi memberi penerangan kepada orang ramai berhubung tugas dan tanggungjawab SPR.
16. PENERBITAN / PUSAT SUMBER
Menguruskan penerbitan Berita SPR sebanyak 3 kali dalam setahun dan diedarkan pada bulan Mei (Bil. 1), September (Bil. 2) dan Januari (Bil. 3).
Menguruskan penerbitan Laporan Tahunan 1 kali dalam setahun dan diedarkan pada setiap bulan Jun.
Meningkatkan jumlah bahan bacaan ilmiah di perpustakaan SPR.
17. PERHUBUNGAN AWAM
Memberi maklum balas terhadap aduan awam dalam tempoh 2 minggu dari tarikh aduan diterima.
Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara 2011 © Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Paparan Terbaik : Laman Web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Google Chrome versi 20 ke atas,Internet Explorer versi 8 ke atas dan Mozilla Firefox versi 17 ke atas