Text Size
Galeri Informasi Fakta Pilihan Raya Keputusan Pilihan Raya Kecil Selepas PRU-12

PILIHAN RAYA KECIL N.05 TENANG

PILIHAN RAYA KECIL DUN N.05 TENANG


Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang, Johor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B. Datuk Haji Sulaiman bin Haji Taha pada 17 Disember 2010. Berikutan daripada kematian wakil rakyat tersebut, SPR yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 24 Disember 2010 telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :- 


Tarikh Writ Pilihan Raya : 24 Disember 2010 (Jumaat)
Tarikh Pewartaan Notis Pilihan Raya : 27 Disember 2010 ( Isnin)
Tarikh Penamaan Calon : 22 Januari 2011 (Sabtu)
Tarikh Hari Mengundi : 30 Januari 2011 (Ahad)

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember 2010 yang mengandungi 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pemilih pos.

tenang,johor

Penyata Pengundian Selepas Penjumlahan Rasmi Undi (Borang 16)

kembali



INFORMASI TERKINI

:: PENJELASAN SPR BERHUBUNG ISU-ISU PRU KE-13 ::

Beberapa siri wawancara berhubung isu-isu Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak akan disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Pengerusi dan YBhg. Datuk Wira Timbalan Pengerusi SPR. Berikut adalah jadual wawancara.

Tarikh / Hari : 20 Mei 2013 (Isnin)
Masa : 10.00 - 11.00 malam
Wakil SPR : YBhg. Datuk Wira Timbalan Pengerusi SPR
Agensi Media : TV Al Hijrah - BICARA (Siaran langsung)

Tarikh / Hari : 22 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 11.00 malam
Wakil SPR : YBhg. Tan Sri Pengerusi SPR
Agensi Media : TV 3 - SOAL JAWAB (Siaran langsung)

Tarikh / Hari : 22 Mei 2013 (Rabu)
Masa : 10.00 - 11.00 malam
Wakil SPR : YBhg. Datuk Wira Timbalan Pengerusi SPR
Agensi Media : Bernama TV - Helo Malaysia (Siaran langsung)