![]() |
PUSAT SUMBER
Pusat Sumber SPR sebelum ini, menggunakan Sistem Perpustakaan WinIsis yang diperoleh daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Winisis merupakan satu pangkalan data perpustakaan yang terdiri daripada bahan seperti buku yang diujudkan oleh UNESCO. Pada bulan Ogos 2008, satu Sistem Perpustakaan Digital Bersepadu yang berlandaskan web sepenuhnya iaitu V-LIB Digital Library Management System (VLIB) telah digunakan. Sistem ini membolehkan pangkalan data katalog dan indeks Pusat Sumber SPR dapat diakses melalui laman Web Pusat Sumber dan juga Internet. Melalui sistem ini, pengguna boleh mengakses teks penuh kepada artikel daripada keratan akhbar dan juga mengakses kepada bahan media seperti video/audio secara atas talian.
Pusat Sumber SPR menyimpan koleksi undang-undang dan peraturan pilihan raya, laporan pilihan raya dan dokumen-dokumen yang berkaitan, buku, laporan tahunan, majalah dan keratan akhbar. Laporan-laporan ini boleh diperoleh untuk rujukan. Senarai laporan mengikut kategori adalah seperti yang berikut:
Undang-Undang dan Peraturan
Laporan Pilihan Raya
Risalah Pilihan Raya
Laporan Tahunan
Buku
Majalah
Keratan Akhbar
Pusat Sumber SPR menyimpan keratan akhbar mengenai semua perkara yang berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia dan di luar Negara. Buat masa ini kesemua keratan-keratan akhbar tersebut di simpan secara manual di dalam fail dan sedang dalam proses pertukaran ke format digital (pdf) agar boleh diakses secara online melalui Sistem Perpustakaan VLIB.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber SPR adalah seperti berikut :
4.Kemudahan
a. Internet. Pelanggan boleh menggunakan kemudahan Internet untuk mencapai bahan daripada punca luar dan juga e-mel. Pusat Sumber SPR menyediakan komputer untuk penaipan dan mencetak . Pelanggan juga boleh menggunakan komputer Pusat Sumber SPR untuk membaca CD-ROM multimedia dan sebagainya. Pusat Sumber SPR SPR mempunyai 6 buah komputer, 3 buah untuk kegunaan pelanggan dan 1 buah di tempatkan di kaunter dan 3 buah untuk tugasan staf Pusat Sumber SPR.
b. Mesin pengimbas (Scanner). Mesin ini disediakan 1 unit untuk pelanggan Pusat Sumber SPR.
5.Siapa yang layak meminjam
Semua warga SPR yang telah mendaftar menjadi ahli Pusat Sumber SPR layak meminjam bahan kecuali bahan yang di kategorikan sebagai Rujukan, Terhad dan Koleksi Khas SPR. Ahli yang berdaftar diminta menunjukkan Kad Ahli kepada kakitangan bertugas, setiap kali mereka ingin meminjam bahan atau menggunakan kemudahan yang disediakan.
Pengguna yang bukan warga SPR hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja.
Bagi penyelidik daripada luar, mereka perlulah mendapatkan kebenaran dari Pihak Pengurusan SPR untuk membuat kajian dengan mengemukakan surat dari organisasi/kementerian/institusi yang menaungi kajian.
6.Bagaimana untuk membuat pinjaman?
Pinjaman boleh dibuat melalui beberapa cara, antaranya :
MUZIUM MINI SPR
1.Sejarah Penubuhan Muzium Mini SPR
Muzium Mini SPR ini telah dirasmikan oleh Pengerusi SPR ke-4 iaitu Y. Bhg. Datuk Harun Din pada 24 Oktober 1998.
Muzium Mini ini mempamerkan sejarah penubuhan SPR dan evolusi proses pilihan raya Negara ini sejak kemerdekaan. Ia juga mempamerkan koleksi artifak peralatan pilihan raya dan dokumen-dokumen yang mempunyai nilai sejarah. Dengan wujudnya galeri ini, ia diharapkan meningkatkan lagi imej SPR melalui pameran sejarah demokrasi dan pengurusan pilihan raya di Malaysia dan mendidik masyarakat umum tentang peranan mereka dalam amalan demokrasi melalui pilihan raya.
Berikutan penubuhan Muzium Mini ini, Sempena 50 tahun sambutan Jubli Emas SPR 1957-2007, satu pameran bertajuk “50 tahun Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia telah diadakan di Galeri 2, Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2007 hingga 6 januari 2008. Pameran yang julung-julung kalinya yang diadakan oleh SPR ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Hj. Ab. Rashid bin Ab. Rahman, Pengerusi SPR. Setelah itu pameran yang sama juga telah diadakan di Balai Sheikh Al-Hadi, Bastion House di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Melaka dari 16 Februari 2008 sehingga 27 Julai 2008. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh TYT Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Hj. Mohd Khalil bin Yaakob.
2.Objektif
Menjalankan aktiviti permuziuman seperti menyelidik, menghimpun, merekod segala bahan dan artifak mengenai proses pengurusan pilihan raya di Malaysia bermula dari seawal tahun 1959.
Untuk memberi ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada masyarakat umum terhadap perkembangan sejarah pilihan raya di Malaysia.
Menjadikan salah satu tempat rujukan dan lawatan kepada orang awam.
3.Kandungan Galeri Muzium Mini SPR
Di dalam galeri ini dapat dipersembahkan dengan penerangan ringkas kepada umum mengenai sejarah penubuhan dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Kronologi Sejarah Demokrasi Pilihan Raya di Malaysia serta evolusi dalam pengurusan Pilihan Raya Umum yang pertama sehingga terkini iaitu Pilihan Raya Umum ke-12. Tayangan filem-filem Dokumentari Pilihan Raya yang pertama kali diadakan di malaya pada tahun 1959 dan lagu-lagu Pilihan Raya dapat dipertontonkan kepada umum bagi mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang evolusi dalam Pilihan Raya di Malaysia.
4.Program Pendidikan Muzium Mini
Khidmat penerangan dan lawatan berpandu.
Tayangan Audio Video filem-filem dokumentari koleksi SPR.
Alamat Pusat Sumber dan Muzium Mini SPR
Seksyen Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam,
Suruhanjaya pilihan Raya Malaysia
Aras 4-5 Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62690 Putrajaya.
| Tel : | 03-8885 6500 (Pejabat Am) |
| 03-8885 6510 (Pusat Sumber/ Muzium Mini) | |
| Faks: | 03-8888 9117 |
Waktu Lawatan
Dibuka pada hari bekerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
(Tutup pada Hari Sabtu dan Ahad)
Bayaran Masuk
PERCUMA
Pegawai Untuk Dihubungi
|
1.
|
Puan Yusnita Elinda Binti Yusoff |
| Penolong Setiausaha (KPA) 3 | |
|
2.
|
Nor Hasni Hassan |
| Pembantu Perpustakaan Kanan | |
|
3.
|
En. Mohd Nizam bin Othman |
| Pembantu Muzium |