Jata
Banner

PIAGAM PELANGGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

1. PENGURUSAN REKOD PEMILIH

  • Memastikan maklumat-maklumat No.K/P, nama, tarikh lahir, jantina, bangsa, agama dan lokaliti dalam pangkalan Daftar Pemilih Induk adalah tepat dan betul dibuat dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh permohonan diterima dari Bahagian atau Pejabat Pilihan Raya Negeri.

  • Memastikan penandaan pemotongan nama pemilih yang hilang layak dari daftar pemilih dibuat dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh arahan diterima dari Bahagian Operasi atau Pejabat Pilihan Raya Negeri.

  • Memastikan Daftar Pemilih Induk yang telah dikemaskini dimuat naik ke dalam Laman Web SPR pada hari Jumaat minggu setiap bulan.

  • Memastikan Daftar Pemilih Induk bagi satu bahagian Parlimen untuk jualan disediakan dalam tempoh satu minggu dari tarikh permohonan diterima.

2. SISTEM APLIKASI

  • Memastikan sistem-sistem aplikasi yang digunakan oleh Urus Setia Ibu Pejabat dan Pejabat Pilihan Raya Negeri sentiasa boleh digunakan dengan cekap dan lancar.

3. OPERASI ICT

  • Memastikan peralatan komputer di dalam Pusat Data SPR sentiasa beroperasi dengan cekap dan lancar.

  • Memastikan khidmat bantuan terhadap masalah komputer yang dilaporkan oleh Ibu Pejabat dapat diberikan dalam tempoh 30 minit dari masa laporan diterima.

  • Memastikan spesifikasi sebut harga dikeluarkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh kelulusan diterima.

  • Memastikan spesifikasi tender dikeluarkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh kelulusan diterima.

4. KESELAMATAN ICT

  • Menjalankan pemantauan dan pengimbasan ke atas rangkaian ICT kerajaan tanpa sebarang prejudis dan prasangka.

  • Menjalankan penyelidikan dan pengauditan keselamatan ICT secara profesional berpandukan kepada dasar keselamtan ICT SPR.

5. LAMAN WEB SPR

  • Memastikan Laman Web SPR iaitu www.spr.gov.my boleh dicapai sepanjang masa.

  • Mengandungi kandungan baru atau pindaan kepada kandungan yang sedia ada diterima daripada pegawai yang bertanggungjawab terhadap bidang ini dimasukkan ke dalam Laman Web dalam tempoh 2 hari dari tarikh ianya diterima

6. PERKHIDMATAN GUNA SAMA ICT

  • Menyediakan perkhidmatan rangkaian intranet SPR berdasarkan jaminan tahap perkhidmatan seperti berikut:-

    i)  Ketersediaan peralatan suis rangkaian = 99.5% 
    ii) Prestasi rangkaian = 99.5% 
    iii) Pengurusan insiden = 99.5% 
    iv) Ketersediaan perkhidmatan meja bantuan = 98.0% 
    v) Ketersediaan capaian ke internet = 99.8%