Jata
Banner
 |  INFO KORPORAT 
 
PERUTUSAN PENGERUSI
 

 

PERUTUSAN PENGERUSI

      

YBHG. TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH

Pengerusi SPR

Selamat datang ke Portal Rasmi SPR.

Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) Malaysia kini berwajah baru selaras dengan iltizam bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti demi memuaskan kehendak pelanggan-pelanggan SPR iaitu para pemilih, parti-parti politik dan orang ramai. Kini, Portal Rasmi SPR lebih mesra pengguna dalam menyediakan maklumat-maklumat asas mengenai sistem kerajaan di negara ini, organisasi, bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya, undang-undang pilihan raya dan garis-garis panduan mengenai proses pilihan raya, termasuk tatacara pendaftaran pemilih..

Pewujudan Portal Rasmi ini diharap akan dapat memberikan maklumat dan kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan dengan SPR. Maklumat-maklumat di dalam web ini amat berguna kepada parti-parti politik, bakal-bakal calon,para pelajar dan orang ramai untuk memahami sistem demokrasi berparlimen dan pilihan raya di Malaysia. Ia juga merupakan sumber maklumat kepada calon-calon,agen-agen calon dan pekerja-pekerja parti politik serta kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui bagaimana pilihan raya dijalankan di Malaysia. Portal Rasmi ini turut menyediakan kemudahan untuk memuat turun bahan-bahan penerbitan SPR dan perkhidmatan atas talian serta mengemukakan cadangan, pandangan mahu pun membuat aduan kepada SPR.

Melalui Portal Rasmi ini, Ibu Pejabat SPR telah dihubungkan secara terus dengan Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri. Bagi meningkatkan jalinan kerjasama di antara SPR dengan organisasi pilihan raya di luar negara, Portal Rasmi SPR telah dihubungkan secara pautan dengan IFES, ACE, IDEA dan lain-lain lagi.

Saya berharap orang ramai dapat melayari Portal Rasmi SPR bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat mengenai SPR.

Dengan ikhlas,

YBHG. TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH

Pengerusi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia