Jata
Banner

 

AKADEMI PILIHAN RAYA (APR) SEPINTAS LALU
 
Akademi Pilihan Raya (APR) telah dilancarkan pada 8 Januari 2007 dan diletak di bawah Bahagian operasi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dua Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dan staf SPR serta petugas-petugas pilihan raya dan parti-parti politik selain meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penglibatan dalam pilihan raya di kalangan para penduduk, khasnya para pelajar dan pemilih berdaftar. Pelanggannya terdiri daripada pegawai dan staf SPR, petugas-petugas pilihan raya, petugas-petugas parti politik, pelajar-pelajar IPTA/IPTS, pihak media, badan-badan bukan kerajaan, delegasi dari luar negara dan pegawai-pegawai daripada jabatan / agensi Kerajaan yang terlibat dalam pengurusan pilihan raya seperti PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Luar Negeri. Objektif-objektif ini dicapai melalui taklimat, latihan, penerbitan buku panduan, checklist dan cakera padat dan latih amal.
 
STRUKTUR ORGANISASI AKADEMI PILIHAN RAYA
 

 Carta Organisasi APR.

LOKASI
 

Akademi Pilihan Raya terletak di alamat berikut :
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 6, No. 2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA.

KURSUS / TAKLIMAT
 
Program Pembangunan Sumber Manusia/ Latihan Personnel |Program Pendidikan Pengundi |Program Kesedaran | Latihan/Taklimat Kepada Jabatan-jabatan Yang melaksanakan Pilihan Raya |

PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA / PERSONNEL
 
i- Kursus/Taklimat Kepada Pegawai dan Kakitangan Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri
ii-Kursus/ Taklimat Kepada Petugas-Petugas Pilihan Raya yang terdiri daripada mereka yang berikut :

1. Pegawai Pengurus (PP);
2.Penolong Pegawai Pengurus (PPP);
3. Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
4. Pembantu Pilihan Raya (PPR);
5. Ketua Tempat Mengundi/Mengira Undi (KTM);
6. Kerani Pengundian / Mengira Undi (KP/MU)
7. Kerani Pengeluaran , Pembukaan dan Pengiraan Undi Pos (KUP)
8. Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP); dan
9. Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM).

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI
 
i- Kursus/ Taklimat Kepada Petugas-Petugas Parti Politik

1. Peranan Calon / Ejen Pilihan Raya (EPR) Dalam Urusan Pilihan Raya
2. Peranan Ejen Tempat Mengundi (ETM) Dalam Proses Pengundian
3. Peranan Ejen Mengira Undi (EMU) Dalam Proses Pengiraan Undi
4. Tugas dan Tanggungjawab Wakil Parti Politik/ Calon Dalam Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR)
5. Peranan Penolong Pendaftar Parti politik Dalam Urusan Pendaftaran Dan Penyemakan Daftar Pemilih

ii.Warganegara berumur 21 tahun ke atas dan pemilih-pemilih berdaftar

PROGRAM KESEDARAN
 
i. Kursus/ Taklimat Kepada Pelajar Mengenai Sistem Pilihan Raya Di Malaysia

1. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Kolej / Matrikulasi / Maktab Perguruan
2. Sekolah Menengah
3. Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

ii. Taklimat Kepada Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Mengenai Urusan pilihan Raya
iii. Taklimat Kepada Agensi-Agensi Kerajaan dan Swasta Mengenai Urusan Pilihan Raya
iii. Taklimat Kepada Delegasi Luar Negara Mengenai Urusan Pilihan Raya di Malaysia
iv. Taklimat Kepada Media Mengenai Urusan Pilihan Raya

CARA MEMOHON
 
1. Pihak-pihak yang berminat untuk mengikuti kursus/ takimat yang dianjurkan oleh Akademi Pilihan Raya mengenai sistem Pilihan Raya di Malaysia boleh menghubungi Urus Setia .
2. Senarai kursus/taklimat yang ditawarkan mengikut kategori kumpulan tertentu seperti berikut:-

i. Petugas-Petugas Pilihan Raya
ii. Petugas-Petugas Parti-Parti Politik
iii. Pelajar-Pelajar IPTA/IPTS
iv. Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah
v. Pelatih-Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
vi. Jabatan-Jabatan Kerajaan
v. Agensi-Agensi Swasta
vi. Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)
vii. Media
ix. Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
x. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
xi. Delegasi Luar Negara
xii. Pegawai Dan Kakitangan Ibu Pejabat SPR
xiii. Pegawai dan Kakitangan PPN

PERMOHONAN BOLEH DI BUAT MELALUI CARA-CARA BERIKUT :
 
i. Menghantar permohonan terus ke Seksyen Akademi Pilihan Raya di Ibu Pejabat SPR melalui surat/ faksmili
ii. Hadir sendiri ke Seksyen Akademi Pilihan Raya di Ibu Pejabat SPR
iii. Muat turun Borang permohonan DI SINI