Heading

  
  • Heading

                  

Pemilih

Heading

Heading

FAKTA - FAKTA UMUM UNTUK MAKLUMAT PEMILIH

  1. PENGUNDI BIASA
    Adalah mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi dan perlu hadir ke Pusat Mengundi
  2. POLIS
    Pengundi polis adalah anggota polis dan pasangan PGA yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori :
    1. Pengundi
    2. Pengundi Pos - Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota polis yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.
  3. TENTERA
    Pengundi tentera adalah anggota tentera dan pasangan yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori :
    1. Pengundi
    2. Pengundi Pos - Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota tentera yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.
  4. LUAR NEGARA
    Terdapat dua sub kategori:
    1. Pengundi tidak hadir luar negara ( mereka tidak perlu pohon untuk undi pos )
    2. Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara yang telah mendaftar sebagai pengundi ( mereka perlu memohon untuk mengundi secara pos )
  5. MEDIA
    Anggota media yang membuat liputan pilihan raya semasa hari pengundian mereka perlu mohon untuk mengundi secara pos.

 

FAKTA - FAKTA UMUM UNTUK MAKLUMAT PENGUNDI

  1. Bagaimana nak semak?
    • Semakan maklumat pemilih sila klik di sini.
  2. Bagaimana nak mengundi?
    1. Sebelum Pilihan Raya
      • Semak butiran peribadi pengundi dalam daftar pemilih melalui Portal SPR, SMS ataupun menghubungi Call Centre di talian 03-8881 0081
      • Selepas pembubaran, semak pula kedudukan pusat mengundi yang telah ditetapkan kepada anda.
  3. Semasa Tempoh Berkempen
    • Kenalilah calon anda semasa tempoh ini.
    • Anda juga boleh terlibat dalam aktiviti berkempen untuk calon yang anda sukai dengan syarat sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
  4. Semasa Hari Pengundian
    • Datang awal ke Pusat Mengundi
    • Dapatkan slip Saluran Mengundi di Barong Semakan SPR
    • Beratur dengan senyap di saluran mengundi anda
    • Bila dibenarkan masuk ikuti prosedur berdasarkan poster 7 langkah
    • Segera beredar selepas mengundi. Pusat mengundi adalah kawasan larangan.

     

    Bagi warganegara yang namanya telah tersenarai dalam daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya, mereka diperlukan hadir sendiri ke tempat-tempat mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR untuk mengundi.

  5. Bagaimana nak mengadu?
    • Aduan tentang maklumat pengundi sila klik di sini.